DO YOU LIKE MY BLOG?

SEGMEN BLOG REVIEW SEMANIS TART CHERRY

Hai semua.. Korang dah tidur ek.. hehehe.. Malam ni, bila Yun duk blogwalking.. Yun baca satu blog ni.. Tuan punyer blog ni buat segment.. Menarik tau! So, Yun pun dengan semangat yang waja menyertai segmen nih! Ok, sebelum tu.. kalau korang nak tahu blog sape.. jom checkout kt sini ---> Putry

haa.. teruja tak?? teruja la kan.. sebab blog dia sangatla comei. Mula-mula Yun tengok pun.. woww.. adorable blog adik putry nih.. hehehe. Ok, Yun dah terbabas plak berceloteh ya.. skunk, jawab soklan segmen!!
1 - nama penuh.. nurul ameera azmi. okeh, nama dalam blog ni.. guna yun a.k.a yuyun ( nama manja) hehehe
2 - impian.. nak sangat tunaikan haji bersama insan-insan tersayang. (doakan ya) amin.
3 - blog "semanis tart cherry'' .. sgt comei! ada tutorial yg bagus utk dkongsi.. (thanks dear)
4 - tag.. sape ek.. yun tag diorg.. okeh? done!!   Fatihah    Farah

Much love!! Wassalam


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Air Masak

Hai semua.. Yun nak share tentang kebaikan dan keperluan meminum air masak! haaa.. Korang suka tak minum air masak?? Sapa-sapa yang menjaga kesihatan dan kecantikan.. semestinya mengamalkan air masak ni. Kita semua seharusnya minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Maknanya, 2 liter air masak. Haa.. Tiap-tiap hari, tercapai tak target tu? Tercapai ek.. Hahh?! Ada yang tak sampai 5 gelas pun.. huhuhu. Teringat zaman sekolah dulu.. macam panggilan yang diberi kepada air masak ni. Air kosong, 'sky juice, air kurang gula.. hahaha..

So, apakah itu air masak? Haa.. jadi cikgu plak Yun hari ni. huhu.. Air masak ialah air yang direbus sehingga mendidih atau mencapai suhu 100oC. 



Mengapa perlu kita minum air masak ni..? Air lain pun boleh hilang dahaga.. Banyak la pulak kene minum. haa.. Ok, Yun terangkan kebaikan minum air masak nih.. 
  • Mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan
  • Lebih selamat untuk diminum 
  • Lebih baik untuk kesihatan
  • Menjimatkan
Ok tak? Kalau ada yang Yun tak letak tu.. korang share la ek kt sini.. hehee.. Okeh! Ada sesetengah orang tu, bila dah dahaga, main minum aje kan. Air tu tak masak pun tak pe, lagi pun kan dah ditapis. Haa.. itu lah gamaknya. Malas ke ape nih? hehee.. Air perlu dimasak kerana perkaitan diantara suhu dan kehidupan kuman. haaaa..?? Sains pulak.. hahaha.. Meh Yun terangkan. Kalau korang nak tahu.. Kuman akan mati jika dipanaskan hingga mendidih. Mendidih tu, dalam 100oC. Bila air berada di dalam suhu bilik, antara  5oC hinggalah 60oC ianya diketagorikan dalam Zon Merbahaya! Kenapa pulak.. Ini kerana kuman hidup sempurna pada suhu persekitaran, boleh membiak dan mengeluarkan racun. Bahaya tak?? hmm.. Ok, kalau air tu kita letak dalam peti sejuk?? Ok aje kan.. huhuu.. Ok, kalau korang nak tahu.. kuman tidak mati pada suhu air sejuk. Oleh itu, jangan la fikir buat ais menggunakan air paip tu elok ya.. huhuhu


Amalkan minum air masak ketika.. ;-
 


  • Di Rumah - Didik ahli keluarga meminum air masak. Air batu hendaklah dibuat daripada air masak.



  • Majlis Kenduri - Sediakan air minum yang dimasak


  • Pemilik Premis - Perlu menyediakan air masak untuk pelanggan mereka

  • Di Tadika / Sekolah - Ibu bapa hendaklah membekalkan air masak kepada anaknya ke Tadika atau ke Sekolah setiap hari. Kantin sekolah hendaklah sentiasa menyediakan air masak untuk minuman guru dan murid

  • Tempat Kerja - Kita perlu membawa air masak ke pejabat atau semasa melakukan kerja luar.

Bagaimana agaknya air masak perlu disimpan ya... jom checkout!

  • Air masak perlu dibiarkan sejuk sebelum disimpan
  • Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup untuk mengelakkan daripada tercemar
  • Pastikan bekas air masak disimpan ditempat yang bersih dan bebas dari lipas, lalat dan tikus!


Kita dah tahu semua keperluan dan kebaikan air masak.. Tapi apa pulak keburukan jika kita minum air masak ni?? Air yang tidak dimasak mungkin tercemar dengan kuman dan tak boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti Demam Kepialu, Taun, Hepatitis A dan Cirit Birit. Oleh itu, jangan sesekali terlupa untuk masak air ya.. hehehe

Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan kebaikan kepada korang.. Selamat beramal! Much love...



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Rindu!

Pagi semua... Oops!! Ada yang dah tidur ek.. hehehe.. Sorie, mengganggu.. Hari khamis banyak betul kerja yang perlu Yun lakukan. Pagi sampaila ke malam.. Ada aje kerja. So, sekarang ni baru lah ada masa Yun mengadap blog tercinta ini. Ohh blog ku.. aku amat merinduimu hehehe.. Harap-harap korang sihat semuanya ya.

Hari ni, bukanlah banyak kerja di ofis.. sebab, hari ni Yun cuti. yeayy!!! hahaha. Hari ni, shopping time bersama mama tersayang. Beli barang dapur.. Haa.. bila dah troli ditolak didalam shopping mall.. Maka banyakla yang nak dibeli.. Yang terbeli pun ada tau. hehehe.. Korang shopping tak minggu ni? Haa.. Lagi pun semua baru dapat G.A.J.I kan..??? haaa.. Tak salah la kalau nak membeli belah. Lagi tak salah membeli barangan untuk mama tersayang. Rasa macam puas sangat.. bila duit gaji yang kita dapat daripada hasil titik peluh kita.. kita bagi pada kedua ibu bapa kita..  Pernah rasa tak? Kalau ada yang masih study tu, nanti dah kerja .. jangan lupa berbakti pada ibu bapa dulu ya. Kadang-kadang, kalau ibu bapa yang dah ada pekerjaan sendiri.. memang tak mengharapkan duit daripada anak-anak.. tapi , tak salah kalau kita berikan pada mereka. Paling penting, sentiasa ambil berat tentang mereka. Kalau ibu dan ayah dapat memelihara sepuluh orang anak.. Tak kan sepuluh orang anak tak boleh menjaga dua orang insan yang teristimewa ni. Jangan pulak ditiru gaya anak-anak terhaka kat luar sana. Ada yang boleh letak ibu dan ayah dekat rumah orang tua. Sedangkan, anak-anak mereka lebih daripada mampu untuk menjaga mereka. hmm.. ~ Bila berbicara tentang semua ni, Yun akan mula emotianal. Tapi, Yun rasa korang pun sama kan.. Oleh itu, jangan sesekali membelakangi ibu bapa kita. Ok? Promise?? hehehe.. Gud boy! Gud girl! 

Banyak pulak Yun berceloteh.. hehehe.. Ok lah, esok kita jumpa lagi.. Selamat malam semua. Have a nice dream. Much love!! Wassalam.



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Nak idea x?

Selamat Pagi Cinta!! haaa.. cinta.. yup! Cinta pada rakan-rakan blogger Yun. hehee.. Korang dah breakfast? Ada yang busy dengan keja ek.. Ok2.. Yun pun tak nak berceloteh panjang. Yun cuma nak kongsikan gambar sarapan pagi.. Mana la tahu, boleh bagi idea kt korang untuk buat sarapan esok. hehe.. Jom checkout!
























Menyelerakan.. betul tak? Ke ada yang dh rasa lapar balik? hehee.. Ok, nanti Yun update lagi. 


Much love!! Wassalam..



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kanak-kanak @ Dewasa

Hello.. semua orang dah tido ke? Haa.. ada yang tak tido lagi. Sama la kita. hehehe.. Malam ni, Yun teringat dan rindu zaman kanak-kanak. Korang pun mesti rindu kan? Best sangat waktu tu. Bila makan ais krim,muka comot2.. Main masak-masak.. kejar-kejar.. suka teddybear.. suka .. macam-macam la yang Yun suka buat time kecik-kecik dulu. Sekarang dah dewasa.. Umur pun dah masuk 20-an.. waa.. sekejap je masa berlalu kan? tik tok.. tik tok.. dah tahun 2011!! 

Dulu.. time zaman kanak-kanak.. Yun tak ada kakak tau. Anak sulung kan. So, selalu je main dan bermanja dengan dua orang kakak sepupu, Farah and Ct! .. manjo kededek gitu! hahaha.. Diorang pun tak ada kakak atau adik perempuan. So, kami bertiga pun.. selalu bersama. Ke mana aje. Haa.. Jangan tak tahu, kalau time raya.. Baju kami macam boria. Warna lolipop gitu! meriah kan?! hehehe.. 

Sekarang, semuanya dah berubah.. Yelah, semua dah dewasa. Pemikiran pun dah matang. Muka pun dah tak ada nak comot-comot lagi. Lagi terasa.. bila salah seorang daripada kami .. dah pun dimiliki (kawen)  yang secara automatiknya, digelar Puan Farah. Dia sekarang dah pun menetap di Kuala Lumpur bersama suami tercinta. Tinggal la Cik Yun dan Cik Ct yang masih single. huhuu. Cik Ct sekarang baru aje menamatkan praktikalnya di Penang. Agak-agak bila la 'mek' ni nak balik.. huhuu. Cik Yun pulak, still di sini.. setia bekerja di negeri tercinta, negeri Cik Ct Wan Kembang. ^___________^

Memang tak boleh dinafikan, zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh ceria dan penuh kegembiraan. Yun akan sentiasa mengingatinya sampai bila-bila. Namun, pengalaman meniti usia yang banyak mengajar Yun erti kehidupan. Mendidik Yun untuk lebih matang. Terima kasih Ya Allah.. kerana telah memberiku peluang untuk mengecapi nikmat ini. Amin.. 

Sampai disini dulu ya.. Oh yaa.. sebelum tu.. korang nak kenal siapa Puan Farah dan Cik Ct?? hehe.. jom2!! 


       
Cik Ct
                                 

Puan Farah


Yun sayang both of them!! Much love... Wassalam.




Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Nak join? klik sini... 


Petang semua.. Dah abes office hour.. huhu Ok, bila bukak aje blog, tengok.. ada contest lagi! yeay!! Rajin sungguh Incik Ben membuat contest ya..tocei2!
MyEm0.Com

Jom kita ke tahun 1996... Haa, time ni Yun baru berusia tujuh tahun. Newbie student, masuk darjah satu. hehehe.. Seingat Yun, time tu Yun ditempatkan di kelas Satu Cerdas. Waa.. cerdas la kan? hehehe .. Kisah ini agak ngeri dan menakutkan tau.. tapi ngerinya adalah kepada budak yang baru berusia setahun jagung. Kalau dikalangan kawan-kawan, Yun memang dikenali dengan petah bercakap.. Ya ke petah? haha.. Whatever la kan. 

Untuk pengetahuan semua, walaupun digelar budak yang petah bercakap.. tapi Yun time ini adalah mangsa buli! haaa.. Mangsa buli korang. Yun masih ingat, selalunya abah akan bagi duit saku dalam Rm 1 @ lebih sikit Rm2. Ala, baru darjah satu kan, mana makan banyak. Beli pun kuih @ keropok je sekolah tu. So, banyak la lagi baki. Nak dicerita, ada la satu geng nakal ni.. Suka usik Yun. Diorang siap mintak duit lagi. Disebabkan perasaan yang terlalu takut, Yun pun bagi la. Boleh dikatakan tiap-tiap harilah mereka ambik duit Yun. Yun tak pernah cerita kat sapa-sape pun, event kat kawan-kawan. Nak bagitahu mama lagi la tak berani. Nanti tak pasal-pasal Yun kena marah. huhuu.. Kejadian berlarutan lebih sebulan. Namun, Allah itu maha Kuasa dan Mengetahui.. Satu hari, mama tanya Yun.. 'Mana abis duit sekolah along? Tak kan abis tiap-tiap hari? '.. haa.. Yun dah mula gelabah. Yun senyap aje. Mama mungkin dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Naluri seorang ibu kan.. Terus aje mama cerita pada mak saudara Yun. 

Okeh! Stop jap.. jap.. Haa, mak saudara Yun ni cikgu kat sekolah Yun. Itu pasal la hal ni sampai ke telinganya. hehehe.. So, Keesokan paginya, dengan tidak disangka-sangka.. Mak saudara Yun a.k.a Cikgu Rohani.. datang ke kelas.. dan bagi warning! Sape - sape yang cuba buli Yun lagi.. Tahu la apa dia nak buat. haaa... semua tercengang.. mata terkebil-kebil. huhuu.. Setelah itu, tiada lagi kejadian buli.. dan Yun pun terselamat daripada menjadi mangsa buli. Alhamdulillah.. Oleh itu, jangan sesekali membuli orang lain.. atau menjadi mangsa buli. hehehe..

Amacam Incik Ben.. Panjang tak karangan Yun? keh3.. Ok, misi berjaya!!
MyEm0.Com

Much love.. Wassalam.



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Moga mendapat insan seperti ini.. Amin.

Yun terjumpa satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Jom hayati kisahnya..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Credit ~ Kalau Cinta Sudah Di Hati Tiap Dugaan Bagaikan Mimpi

 
Much love!!  ^__________^



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

h!pokrit

Pagi semua.. Korang dh breakfast? Haa.. bagus-bagus. Tak boleh skip sarapan pagi tau. Sarapan pagi amat penting untuk sapa-sapa yang tengah nak berdiet tu.. Eh.. eh.. senyum ya.. Betul la tu. Hehehe.. Ok, entry pagi ni.. Yun nak bagi pendapat tentang " hipokrit ".. Haa, mesti ramai yang tahu apa itu hipokrit kan? Atau korang pernah kenal sesiapa yang hipokrit? Haa?? Tak perlu bagitau.. Simpan  aje. Tak elokkan mengaibkan orang.

Kalau nak diceritakan tentang hipokrit.. Hipokrit ni maknanya ialah orang yang berpura-pura atau lebih senang diberi istilah, talam dua muka. Peribahasa ni cukup untuk menggambarkan karektar orang yang hipokrit ni. Yun ada jumpa tak dengan orang-orang macam ni? Ada.. Tapi tak semua ya. Yun ni hipokrit ke? Itu Yun tak dapat nak jawab, kalau betul-betul nak tahu.. Friends?? hee.. ^___^ 

Lebih elok, janganlah jadi hipokrit ya.. Kat depan baik, belakang duk cerita yang tak baik. Kadang-kadang Yun terfikir jugak, event kawan sendiri duk cerita keburukan orang lain.. Tak mustahil, dia akan buat macam tu jugak pada kita. Tapi, itu cuma pendapat Yun. Tak semestinya betul. Pernah dengar tak perumpamaan ni, kalau kita berkawan dengan orang yang menjual arang, maka.. semua debu arang tu akan melekat pada kita..dan kalau berkawan dengan orang yang menjual wangian, kita pun akan turut wangi". hehe.. Harap korang faham ya. Jadi, selamat beramal..





Much love!! Wassalam..



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Tuan Tanah Punyer Diri

Hai semua.. Korang dah tidow? Yun baru je selesai gosok-menggosok baju.. hehee.. So, sebelum lena.. Nak jugak post entry kt sini.. Okeh! Yun just nk share satu video.. Memadai dengan lirik lagu daripada Amy Mastura untuk mengetahui pendapat Yun tentang C.I.N.T.A ~  hehe.. Semoga terhibur..






Much love!! Selamat Malam.. ^_^



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Senyum.. Senyum.. Oww! Comelnya..


Tengok aje atas tu? Senyum x? haa.. kan dh senyum.. hehee.. Hari ni, korang ada senyum x? Ada ek.. Senyum kat sape tu.. hehe.. Yun rasa semua orang tahu.. Senyum itu satu sedekah. Senyum jugak memberi banyak kebaikan kepada kita. Apa kebaikannya? haa.. Dengan senyuman, secara tak langsung kita telah memberikan satu exercise pada otot-otot di wajah kita. Dapat hilangkan stress. Tukar kita punya mood, daripada mood xelok kepada yang lebih elok, dapat happykan orang di sekeliling kita. dan banyak lagi la..nt korang sambung ek.. hehe.. Bestkan senyum ni.. Nanti, senyum banyak-banyak tau. Tapi, senyum tu biarlah bertempat. Tak kan la duk sorang-sorang pun, korang nak senyum kan.. hehehe

Kalau bagi diri Yun sendiri.. senyum ni  memang banyak memberi kebaikan Dalam kehidupan seharian, kita digalakkan senyum antara satu sama lain.  Tak gitu? Yun kan seorang setiausaha, jadi semestinya memberi senyuman terhadap semua yang ingin berjumpa dengan bos Yun. Tak kira la sama ada time tu, Yun terlalu sibuk atau pun serabut. hehe.. Bila time cakap dalam telefon pun.. senyuman memberi impak yang cukup besar. Contohnya, time tu Yun gembira.. Jawab panggilan telefon pun mestilah dengan penuh ceria.. Kadang-kadang, pemanggil yang ready nak marah kita pun boleh jadi cool. hehe.. Hebatkan penangan senyum nih? 

Apa kata, mulai sekarang.. Berikan lah senyuman pada sesiapa sahaja. Asalkan bertempat ya. Oleh itu, senyum selalu..!! Yun tinggalkan pada korang, satu lagu senyum.. Moga bertambah kemanisan senyuman itu. Bertambah kemanisan taqwa.. Amin.





Much love!! Wassalam..


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BEN CARI BLOG BARU LAH




Hai semua.. Petang-petang macam ni.. korang buat pe ek? Yun.. macam biasa.. tgk surat, heehee.. Ok, nak citer.. today is my lucky day! Nape? Ya.. japla.. memang nk bagitahu la nih.. Td, time dk blogwalking.. Yun dah jumpa dah.. Blog Ben Ashaari! Excited sangat..!! Sebab, dah lama kenal nama dan blognya.. famous.. best! So, hari ni terjawabla.. Ini lah tuan empunya diri. Look cool. hehe.. 

Yang best lagi, sekarang  Incik Ben kita ni sedang buat segmen suai kenal.. sambil mempromosikan blog. Macam Yun laa.. A newbie. hehe.. So, selamat berkenalan ya Incik Ben. 5 perkara wajib yang perlu Yun bagitau Incik Ben ialah :-

 5 blog lama yang disukai



5 blog baru yang disukai

    Okeh, selesai sudah misi Yun. hehe.. Tenkiu buat Incik Ben sebab bagi peluang kat kami blogger baru ni mempromosikan blog.hehe.. Hope ada sambutan. InsyAllah.. Amin. Sape-sape yang nak ikut serta segmen ni, sila klik sini Incik Ben dan jangan lupa undi beliau. Orang yang berikan kesenangan pada orang lain, nescaya kesenangan itu akan kembali kepadanya.. Amin.

    Much love!!



    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

    Kreatif ek!

    Yun suka tengok gambar yang menarik.. Pelik.. Berwarna warni.. Sangat suka explore. So, jom kita jamu mata dengan gambar 'bus stop' ni.. 


     ~ Tengok bawah.. ^_<







    Sekali tgk cam roller coaster je.. hehe


     Wahh.. Bhgn kepala bas!!

     Kalau kt M'sia nih.. Mau ada yg maen bola. haha


    Smart! Cam office.. hehe


    Best! Ada yg terlepas bas.. hehe


    Exotic! hehe


    Classic..



    kawaii!! Comei sangat...



    Selesa.. Tido sini pun best nih! haha


    Comei kan.. hehehe.. Nanti Yun update lagi pic yang menarik! ~ much love.. 




    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


     
    Pagi semua.. Korang buat ape tu? Pagi ni hantar abah ke airport. Abah g China for a few days. Take care Abah, may Allah always being there for u. Amin. Pukul 7.30 am smpai  ofis. Dah macam budak sekolah. Best gak! Dah lama tak rasa macam ni. So, sampai aje kt ofis.. Switch on semua .. lampu, printer.. bla.. bla.. bla.. (xperlu la nk citer semua kn. ) hehe.. Then breakfast, rezeki hari ni.. nasi kerabu. Alhamdulillah.

    Semua surat dah sorting out! Lega.. Boleh la jenguk kt sini jap. hehe.. Hari ni, confirm akan sampai rumah pukul 7 pm.. So, wish me more patient. hehe. Ok, sampai sini dulu. Tak boleh lama-lama.. hehe. Nanti Yun update lagi. Yun cuba bagi entry yang best. InsyAllah. Selamat bekerja.. Selamat belajar.. Selamat semuanya!

    Much love!! Wassalam..



    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

    Keletihan

    Dah pukul 10 mlm.. Baju tak bergosok lagi nih.. Esok, pagi-pagi dah nk kene turun pergi keje. Aduss.. Astagfirullah.. Bukan Yun mengeluh, cuma hari ni terlebih sikit kepenatannya. Tak tau nape.. Ni pun duk pikir nak gosok baju mana.. warna ape.. tudung pulak yang mana.. matching ke tak?  huhu.. Kompleks kan pemikiran perempuan. Tak macam lelaki.. relax je. Ye ke? boleh diterima ke? huhu..

    Apa yang Yun tahu, dan Yun pernah baca.. Memang pemikiran perempuan lebih kompleks berbanding lelaki. Kaum hawa, boleh lakukan 2,3 kerja serentak.. Manakala, kaum lelaki.. lebih suka fokus pada satu-satu kerja. Cuba check diri masing-masing macam mana.. Haa.. Xperlu bagitau Yun, cuma kenal diri sendiri. Jika itu satu kelebihan, terima dengan penuh kesyukuran.. Jika tidak, terimalah ia sebagai satu ujian. Segala yang berlaku, ada hikmahnya. Semoga ianya terabaik buat kita. InsyAllah. Amin.

    Ok lah, setakat ni dulu untuk malam ni. Esok, kalau ada yang best.. InsyAllah, Yun update lagi ya. Ingat, sebelum tido, cuci muka.. cuci kaki.. cuci hati.. maafkan semua orang.  ^_^

     

     Much love! Selamat Malam.. Wassalam.




    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

    Doa Harian

    Hai semua.. Korang dh solat zohor?  Dah.. bagus. haah?? Ada yg belum solat lagi.. Tinggalkan la kejap kerja tu. Selesaikan yang wajib dulu ok. Entry ptg ni, yun nk share doa harian dengan korang. Mesti korang selalu amalkan. Kalau ada yang tak amalkan, boleh cuba amalkan mulai sekarang. Ok? InsyAllah. Jom, checkout doa harian ni..





    Doa ketika bangun dari tidur

    Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali


    Doa ketika memakai pakaian

    Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku



    Doa ketika memasuki rumah

    Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal


    Doa ketika keluar rumah

    Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah


    Doa sujud tilawah 

    Aku sujudkan wajahku ini kepada penciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengaran dan penglihatannya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta.

    ~ tunggukan entry smbungannya.. ^_^




    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


     
    This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA