DO YOU LIKE MY BLOG?

Rahsia 13 Rukun Solat

Assalamualaikum

Pagi ni SB nak kongsikan rahsia solat.
Ianya sebagai peringatan dan pengetahuan bagi kita semua.


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th.


p/s : jika boleh ingat semua makna bacaan dalam solat.. Alhamdulillah. 
Lagi khusyuk menghadap Allah s.w.t 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

I'm Back (FAKTA PANTAS)

Assalamualaikum


Fuhh.. Dah berhabuk ini belog 
ini kerana sudah 2 minggu tidak berupdate.

Semuanya gara-gara SB sibuk 
melayan kehidupan yang indah ini 
wif all my beloved buddies & family

Ok stop! back to da basics.. *wink2


Hari ni SB nak kongsikan tips untuk korang.. ^^


FAKTA PANTAS

Kenapa bagus masak guna minyak zaitun?

Ia boleh buat korang kurang rasa lesu.
 Menurut satu kajian
mengambilnya setiap hari 
akan mengurangkan rasa murung. 
Mungkin sebab minyak zaitun
 kaya dengan antioksidan 
yang dipanggil polyphenol 
yang mempunyai sifat antiradang.


    {ihsan mr google, tq!!}

p/s : sapa yang bermuram durja tu, bagi dia dis kind of oil okeh! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Selamat Hari Wanita


Assalamualaikum








p/s : hargailah setiap wanita yang berada d cc anda. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

Assalamualaikum.

SB join segmen abg ben lagi. hehe




Kenapa perlu dikritik?
Ya.. Setiap kritikan membina memberikan satu dorongan buat kita semua.

So, SB berharap korang dapat berikan kritikan membina
dan SB dapat jadikannya sebagai pembetulan untuk membaikpulih
dari segi keadaan blog mahupun dari segi gaya penulisan.

Kita sama-sama blogwalking ya. Salam Ukhwah! ^^

korang nak join.. klik SINI


p/s: xsbr nk bw & follow.. c u soon. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kisah Nenek Dan Ubi Kayu (Iktibar)







Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
 
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
p/s : bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi sekarang. Alhamdulillah.

sumber : facebook

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Beli Kereta Ibarat Beli Besi Buruk


Assalamualaikum.

Wah.. tajuk.. hapenning gitu kan. he3. Actually pagi td, Before datang ofis, tengah duk touch up2..
SB ada tengok siaran TV3. Then, salah satu topik MHI ialah seperti tajuk di atas ya.





Menarik kan? hehe.. Apa yang SB sempat dengar.. Sekarang ni, untuk membeli sebuah kereta..Bank akan buat Bedah Wang. Bedah Wang?  Yes! Bedah wang. Ianya adalah salah satu proses sebelum kita membuat 
sebarang pinjaman untuk pembelian kereta ya.

Kalau dulu, kita akan kira tangga gaji untuk membeli kereta. Tapi sekarang, kita kira ikut GAJI BERSIH ya.
Itu pun belum dikira lagi keperluan atau perbelanjaan yang lain.

Contohnya :
 

GAJI BERSIH                                  = RM2,500
(tolak KWSP & PERKESO)


PERBELANJAAN LAIN                    = RM3,500


BAKI WANG                                    = -RM1,000


Bila kita lihat status kewangan kita, adakah kita mampu? Mampu menanggung beban hutang? Hanya anda yang tahu. Dianggarkan, untuk seseorang yang mempunyai gaji RM 2,000 statusnya untuk membuat bayaran ansuran bulanan kereta hanyalah pada kadar RM200 - RM350.

Ansuran bulanan untuk 9 tahun. Adakah menguntungkan? Ya, bila diberitahu oleh pihak bank. Jika kita membuat ansuran bulan dalam masa 9 tahun, kita akan dapat sebuah kereta yang agak mewah. Tapi berbaloi kah? Tepuk dada, tanya hati. 

Nilai sebuah kereta akan sentiasa menurun, bagi SB ianya bukanlah satu pelaburan yang bijak kerana kereta hanyalah suatu keperluan. SB dah ada sebuah kereta kecil, bersyukur sangat boleh berteduh, ke sana ke mari. Selamat tiba ke destinasi. Tapi, jika status kewangan anda stabil dan anda mampu. Tiada masalah. Mungkin ianya untuk kepuasan diri anda. ^^

p/s : ukur baju di badan sendiri.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Doa Amalan


Assalamualaikum

SB nak share doa..

Jom semak.. kalau boleh hafal ya.
Jadikan ianya sebagai amalan kita. ^^





p/s : selamat beramal. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA