DO YOU LIKE MY BLOG?

Showing posts with label Storie MOrie. Show all posts
Showing posts with label Storie MOrie. Show all posts

Hello Bro! Tolong Masak



Assalamualaikum.


Anyone yang ada astro kat rumah, if tak pernah tengok full pun,
at least, mesti pernah tersilau tengok iklan program ni.

Hello Bro! Tolong Masak a new cooking show exclusive from Astro.

Now, petang-petang.. SB akan tercongok depan tv
untuk tengok 3 jejaka ni memasak. Sambil-sambil tunggu 
masa untuk hidangkan lauk pauk berbuka puasa, jom kita
ambik resipi diaorang. hehehe



Who? hehehe..
They are Nik Micheal, Fikri and Zamir. Both Nik and Zamir ni from 
Program Masterchef Season 1.Fikri.. i don't have any idea..
Ada sape-sape tahu x? Do tell me. 

Program masakan  ke udara selama 30 minit.
Ianya bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 6.30 petang di channel Astro Ria.
Selain chef-chef yang gentleman ni dalam setiap episod,
seorang artis turut diundang untuk memasak.

Then, masakan ini akan di servekan kepada customer
 ( kebanyakan selebriti Astro)
dan diorang akan komen masakan serta memberi sedikit sumbangan
kepada insan-insan yang memerlukan.

Apa yang pasti, program ini memberi satu perubahan
disambil membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan
dan Syawal yang bakal menjelma.

p/s : suka tengok Fikri dan Dato' Fazley masak.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Salam Ramadhan ~ SB



Salam Ramadhan buat semua sahabat bloggers. 
Semoga puasa kali ini lebih memberi rahmat buat kita semua. 

p/s : grab dis time untuk melakukakan ibadah. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

PM Pelawa Kemuka Idea - Bajet 2013





Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
mempelawa rakyat Malaysia menyumbang
idea, berkongsi cadangan dan pendapat
mengenai Bajet 2013 secara online
sehingga 29 Julai 2012.

Platform ini adalah peluang
bagi semua rakyat Malaysia 
mengemukakan idea dan input
mereka untuk pertimbangan
Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat
dengan klik bahagian yang disediakan 
pada entri terbaru blog beliau

Bajet 2013 akan di bentangkan di Parlimen
pada 28 September 2012.

p/s : SB rasa ini adalah satu platform yang terbaik untuk semua rakyat menyuarakan pendapatdan idea untuk penambahbaikan Bajet 2013.

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru Vs Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan selamat pagi!


SB harap semuanya sihat dan ceria disamping
family dan yang tersayang.

Okey, pagi ni..
SB nak citer pasal event semalam.

Semalam SB bersama both my parents ke Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru
Parlimen Kota Bharu 2012. oth my parents are teachers.. So, SB selaku wakil ahli keluarga
ikut serta. hehe..

Dis big events di anBjurkan secara besar-besaran oleh
YBhg. Dato Mohd Fatmi Haji Che Salleh dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Jamuan Perdana ini diadakan untuk meraikan semua guru-guru Parlimen Kota Bharu yang 
telah memberikan sumbangan yang tidak berbelah bagi kepada semua anak-anak didiknya.

Apa yang paling SB atau semua orang excited... kemunculan diva nombor satu negara
Dato' Siti Nurhaliza. Dato' Siti Nurhaliza sudi untuk turut serta dalam majlis ini kerana ingin sama-sama meraikan warga guru. Terima kasih Dato Ct! ^^

First time meet her.. face to face. She's so adorable.. She's in red.. Woww.. She is oH beautiful!
Dato' Siti Nurhaliza mendendangkan 4 buah lagu.. Lagu Cindai, Widuri, Biarlah Rahsia dan Joget Kelate.
Dato' Siti juga sangat teruja sebab dia jumpa bekas cikgu yang pernah mengajar beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford katanya. Dato' Siti sempat berpesan kepada para pelajar.. Tak kira setinggi mana kejayaan yang kita capai, jangan pernah lupakan jasa guru. Bagi dirinya, dia juga bertapak hasil didikan seorang cekgu.

Jom kita layan beberapa keping gambar sempena event semalam..


- ucapan YBhg. Dato Fatmi Hj Che Salleh -
 
 
- Dato' Siti Nurhaliza bersama VIP -


- close up pic Dato' Ct -


- Persembahan tarian oleh pelajar SMIP -


- Dato' Siti berduet lagu Widuri bersama 2 orang Guru -




p/s : Selamat Hari Guru buat semua cekgu-cekgu SB. 
Semoga Allah merahmati cekgu dunia & akhirat. Amin

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

HOT!! ~ Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia


Assalamualaikum.

Pagi ni SB ada terbaca satu artikel tentang Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia
yang telah dilancarkan baru-baru ni.




Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 

Objektifnya adalah untuk membantu 
mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar
 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia
 yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, 
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan 
oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. 

Senarai syarikat yang mengambil bahagian adalah seperti berikut : -

  • Buku & Alatan Tulis
  1.  MPH Bookstores
  2.  Imlaq Book Centre
  3.  BORDERS
  4.  RONA
  5.  Kiang Trading
  6.  Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7.  Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8.  Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  4. Texline Lino

  • Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry

  • Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam

  • Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD

  • Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


  • Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

  • Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN
p/s : Alhamdulillah.. Harap-harap SB dapat gunakan nanti. ^__^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

5 Jenis Kawan Yang Patut Kita Hindari

Assalamualaikum
 
kawan... sahabat... bff.... semua nie adalah orang yang rapat dalam hidup kita...
betul tak??? tempat untuk meluahkan perasaan... masaalah...
tapi... adakah semua boleh dipercayai.???
ha meh tengok ciri2 kawan yang patut kita hindari...

1.Batu api

kawan yang macam ni selalunya akan merobohkan satu perhubungan. kenapa SB kata macam tue? insan beginilah yang akan menghasut kita. benda yang kecil boleh jadi besar. benda yang besar bertambah besar. semua ni berlaku dalam masa kita tak sedar. contoh masa kita tengah marahkan seseorang, dia la orang pertama yang akan buat kita lagi marah, sokong segalanya. tapi hakikatnya dia tak tau apa2 pun.

2. Tidak menyimpan rahsia

banyak kan dikalangan kita yang macam ni? orang yang macam ni diibaratkan macam mami jarum. pantang dapat maklumat. habis satu kampung dicanangnya. tapi SB tak kata mami jarum ni jahat. terserahlah pada diri kita nak menilai, ada juga yang baik.jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. betul x?

3. Hipokrit

depan baik, kat belakang ya allah tuhan ja tau. macam-macam cerita dia cerita tentang kita. namun, jangan hanya melihat pada orang lain ya, kadang-kadang kita pun bercerita tapi kita tak sedar sebenarnya kita dah tergolong dalam golongan nie..bertaubatla.

4. Penghutang tegar

jenis ni adalah jenis yang suka sangat berhutang. dah memang lumrah hidup dia. hutang, hutang dan hutang. banyak duit pun nak hutang lagi. haa jenis ni memang susah sangat nak bayar hutang. mesti ramai yang sangkal kan? tapi memang ada la jenis cam nie. sanggup berhutang dari duit dia berkurangan. Sebagai kawan, kita tak akan berkira.. tapi bila dah terlalu kerap.. mula lah, kita perasan. Oleh itu, kalau tak suka bayar hutang, jangan berhutang ya. 

5. Pentingkan diri sendiri

kawan yang macam nie memang banyak. SB tak sangkal, kadang-kadang kita perlu juga pentingkan diri sendiri. tapi biar la berpada-pada. janganla semua benda nak pentingkan diri sendiri. kita hidup bermasyarakat. kena la kongsi-kongsi. kalau semua nak harapkan kawan, lama-lama tak ada orang yang berkawan.

okey done 5 ciri atau jenis kawan yang patut dihindari.
tapi SB tak kata kita tak patut kawan dengan orang macam ni.
jangan salah faham, kalau nak jadi kawan yang baik kenala selalu tengur menegur
kalau ada kawan yang macam ni, nasihatilah dia
nasihat secara berhemah, kalau betul dia kawan kamu, dia tak akan marah.
malah dia akan lebih sayang kat kamu.
 
 
 
 
p/s : kawan yang baik, kawan yang selalu bersikap jujur terhadap kita


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Beli Kereta Ibarat Beli Besi Buruk


Assalamualaikum.

Wah.. tajuk.. hapenning gitu kan. he3. Actually pagi td, Before datang ofis, tengah duk touch up2..
SB ada tengok siaran TV3. Then, salah satu topik MHI ialah seperti tajuk di atas ya.





Menarik kan? hehe.. Apa yang SB sempat dengar.. Sekarang ni, untuk membeli sebuah kereta..Bank akan buat Bedah Wang. Bedah Wang?  Yes! Bedah wang. Ianya adalah salah satu proses sebelum kita membuat 
sebarang pinjaman untuk pembelian kereta ya.

Kalau dulu, kita akan kira tangga gaji untuk membeli kereta. Tapi sekarang, kita kira ikut GAJI BERSIH ya.
Itu pun belum dikira lagi keperluan atau perbelanjaan yang lain.

Contohnya :
 

GAJI BERSIH                                  = RM2,500
(tolak KWSP & PERKESO)


PERBELANJAAN LAIN                    = RM3,500


BAKI WANG                                    = -RM1,000


Bila kita lihat status kewangan kita, adakah kita mampu? Mampu menanggung beban hutang? Hanya anda yang tahu. Dianggarkan, untuk seseorang yang mempunyai gaji RM 2,000 statusnya untuk membuat bayaran ansuran bulanan kereta hanyalah pada kadar RM200 - RM350.

Ansuran bulanan untuk 9 tahun. Adakah menguntungkan? Ya, bila diberitahu oleh pihak bank. Jika kita membuat ansuran bulan dalam masa 9 tahun, kita akan dapat sebuah kereta yang agak mewah. Tapi berbaloi kah? Tepuk dada, tanya hati. 

Nilai sebuah kereta akan sentiasa menurun, bagi SB ianya bukanlah satu pelaburan yang bijak kerana kereta hanyalah suatu keperluan. SB dah ada sebuah kereta kecil, bersyukur sangat boleh berteduh, ke sana ke mari. Selamat tiba ke destinasi. Tapi, jika status kewangan anda stabil dan anda mampu. Tiada masalah. Mungkin ianya untuk kepuasan diri anda. ^^

p/s : ukur baju di badan sendiri.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

- S I A P A K A H - K I T A -






I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

... I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA???
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, “ Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG KAYA???
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN???
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG RUGI???
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG CANTIK???
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG LUAS???
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang..

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH SEMPIT LAGI DIHIMPIT???
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL???
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT???
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan ilmu begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain...
 
p/s :
 selagi Allah masih meminjamkan kita nyawa,
 setiap nafas amat berharga.pilihla yang terbaik. :)

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Selamat Pengantin Baru ^^


Assalamualaikum..


SB nak ucapkan 
Selamat Pengantin Baru 

kepada 

 si cute miut
Ana Raffali



dan juga darling of media
Lisa Surihani



Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa
dan Semoga menjamin cinta hingga ke Syurga dengan bimbingan insan bergelar suami. InsyaAllah. Amin.



p/s : doakan giliran SB pulak la ya.. :)

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jangan Cepat Melatah

Assalamualaikum semua.

 Hari ni ramai yang cuti tak? yela.. sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina.

Ok, entry kali ni SB just nak share pendapat dan ingatan
buat SB sendiri dan semua rakan bloggers ya.


 Actually, sape yang suka melatah?
 sila angkat kening.. he3.. lol!

 Entry melatah kali ni, 
bukan melatah yang macam 
melatah opah di kampung ya..

 Melatah kali ni.. ialah penerimaan
kata-kata seperti
nasihat.. usikan..gosip, 
dan pendapat positif mahupun negatif.

SB akui, 
SB sendiri pun memang seorang yang sensetif..
Tp, alhamdulillah.. SB boleh improve.. so,
SB doakan korang pun sama ya.

 Apa sahaja yang datang pada kita..
selagi tidak melampaui batas..
be cool.. n chill out man! hee..
(okeh! agak poyo.. *abaikan!)
  
 Kadang-kadang ada diantara rakan-rakan kita
akan memberikan pandangan negatif mahupun usikan 
di atas setiap yang kita lakukan..

 Oleh itu, sebelum melatah..
fikir dahulu ya.. because for me.. 
its too annoying to marah-marah..
lebih baik kita terima seadanya.

 Take the advise n usikan itu 
sekadarnya.. in positive way.
InsyAllah, Allah akan menyayangi kita
dan orang sekeliling
akan lebih menghormati kita.

 Even kita buat salah..
tak salah untuk kita minta maaf kan?
Orang yang meminta maaf 
adalah orang yang paling berani..
dan orang yang memaafkan..
adalah orang yang paling dihormati.

 Oleh itu.. selamat beramal ya semua,
including cik SB. ^^

p/s : don't ever judge a book by its cover.. i know tat! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Khitbah




Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas. 

Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. 


Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akan makhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. 

Hadith ini mengkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ berpendapat melihat wanita yang ingin dipinangi itu adalah ketika sebelum waktu pinangan, ini adalah pandangan dari Mazhab Syafi’iah dengan alasan untuk tidak menyakitkan hati atau menolak perasangka buruk kepada pihak lelaki apabila tidak bersetuju terhadap wanita itu.

Terdapat 2 syarat sah dalam proses khitbah, iaitu :

1) Makhtubah adalah wanita yang boleh dikahwini.


2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.

Syarat yang pertama jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya wanita yang ingin dikhitbah itu hendaklah wanita yang boleh dikahwini, maka tidak boleh untuk kita meminang isteri orang lain ataupun wanita-wanita yang mempunyai pertalian darah dengan kita.  


Khitbah boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in berdasarkan ayat Al-Qur’an dari Surah Al-Baqarah pada ayat 235, Allah S.W.T. telah berfirman mafhumnya : Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. 

Syarat yang kedua pula mengkhabarkan kepada kita islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan” riwayat Ahmad dan Muslim.

Terjadi perbedaan pandangan di kalangan Ulama’ mengenai anggota-anggota wanita yang boleh dilihat ketika khitbah, iaitu:

1) Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.

 
2) Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.

 
3) Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.


p/s : menunggu saat ini.. InsyAllah. 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

2012





Assalamualaikum peeps!




 Post pertama SB untuk tahun baru 2012..
Semoga ukhwah di antara kita 
dalam dunia bloggers ni makin erat. InsyAllah.

 SB doakan kebahagian dan kejayaan 
buat semua rakan bloggers. 
Semoga semua artikel serta luahan hati 
di semua blog pada tahun 2012 ini 
lebih memberi kebaikan ya..


 p/s : Moga harapan & impian akan ku gapai pada tahun 2012!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

SB Nak Buat Bizz!



Assalamualaikum.
Petang ni, apa aktiviti korang ya? 
SB sedang fikir.. nak berniaga.
Side Income orang cakap.. Saja nak promote market.
Belajar Marketing, apa kata try.. boleh gitu?
hehehe ^___^

 SB just nak cuba berniaga kecil kecilan dulu.
Banyak jugak yang SB search pada En. Google..
Ya! En. Google terima kasih.. Lagi kamu menolong SB.
hehehe ^___^

 SB tengok.. baca.. ada macam-macam 
jenis perniagaan online.
Pening jugak.. Kalau buat perniagaan aksesori wanita,
korang sudi nak beli x? hehehe..

 So, SB nak mintak pendapat korang kat sini..
Perniagaan apa dan macam mana yang SB boleh buat..
Segala cadangan, pandangan 
Jutaan Terima Kasih SB ucapkan!


-credit-

 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Bodek.. Perlu ke?


Assalamualaikum.

Pagi ni SB dah boleh menjenguk blog tercinta. hehehe
Selama 4 hari ini.. ada kerja yang perlu dijalankan.

 Bodek? Korang tahu tak apa itu bodek?
Membodek atau kata nama lainnya mengampu. 

Sapa yang suka membodek? sila angkat ibu kaki. 
    ~ lalalala

 SB sangat kecewa dengan sikap sesetengah orang.
Bila kita membuat kerja dengan ikhlas.. tetapi
ada orang yang membuat kerja dengan cara talam dua muka.
Sungguh tak dapat diterima.





 Sabar.. Ya! Itu adalah kunci yang paling penting dalam situasi ini.
Bila ada orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap kita.
Kita sabar dan mengambil iktibar diatas perlakuan mereka itu.

 Apa yang mereka katakan adalah tidak penting..
Tetapi apa yang penting ialah cara kamu menghadapinya.


 Oleh itu, sabar selalu. 


p/s : rasa macam unsafety.. hu3











Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

SB Bangga Punya Harimau Malaya!



Sekalung Tahniah!
 daripada SB buat
Skuad Harimau Malaya

 diatas kejayaan 
memenangi & mempertahankan 
Pingat Emas di Sukan Sea.










p/s : berbaloi tengok game semalam. Aumm!!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

14 November 2011

Assalamualaikum.
Selamat Pagi Warga Blogger ku yang dikasihi.
Dah lama Yun xupdate blog ini. 
Sudah berhabuk.. uhuk3x :D

Permulaan bagi hari Isnin.. 14/11/11
Hari ini semua calon atau pelajar akan menduduki 
Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM!!

http://www.smileycodes.info

One of da candidate for sure is my sista!
so, along nak ucapkan
Good Luck untuk adik tersayang
xlupa juga buat semua calon SPM di luar sana.
Jawab elok2. Lapangkan hati. 
InsyAllah, apa yang dipelajari selama 2 tahun 
inilah masanya untuk dicurahkan segala ilmu itu.

 Buat semua ibu bapa.. guru-guru.. pihak pibg sekolah
a lot of thanks 
kerana penat lelah dan usaha anda semua
Anda semua adalah tampuk 
kepada permulaan kehidupan mereka.

 Last but least..
Fighting!! to all SPM Candidates in Malaysia.


p/s ~ make yOur dreams come true.. okeh!! 



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Adik diterjah PLKN???



Assalamualaikum..
Fuhh.. Lega nii.. Yun dah brjaya submit assignment dengan jayanya.
Alhamdulillah.. now, study.. prepared for final exam. yehaaa... ^__^


 Stop.stop.stop!!
Ruangan ini, bukan nak cerita hal assignment okeh..
Nie haa.. Minggu ni, adik Yun yang tersayang.. termanja..
kalut duk check nama.. sempena apa?
PLKN!! haa.. sapa yang nak join??
Angkat tangan macam ni..http://www.smileycodes.info hahaha

 Wahh.. macam suspen dowh..
Check on9.. busy..
Send sms.. xreply..
ayoo.. peluh dah menitik2  http://www.smileycodes.info 
(story je gempak.. tak de pun! kikiki )

Last2, semalam..
Punya happy.. macam dapat durian runtuh..
'Kak long... adik tak dapat PLKN!http://www.smileycodes.info '
(dengan nada happy giler & ingin membuat Yun jeles)
Jeles?? Motif..??hahaaha..
Waa.. banyak giler shortlisted aktiviti yang bakal 
diterokainya nanti.. ketika menunggu result SPM.

Fuhh.. Dasyat2. Jap..
SPM belum lagi.. dah pikir??
http://www.smileycodes.info~ lalalala..





 moral of the story.. :  sila fikir positif jika nama anda tersenarai ke PLKN. PEACE!!

Much http://www.smileycodes.info!! Wassalam..



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

yUn kacau bilau.. serabut serabai...



Assalamualaikum...
Dah lama tak menghapdate blog SB.. 
Sekarang.. memang tak ada mood ..
tetapi tetap ku gagahi jua..

 Apa yang kacau bilau? Serabut serabai..
Amboii.. mengalahkan Perdana Menteri ke...
huhuhu.. sabar yun.. sabar..

 Okeh! Antara kerja yang masih pending di laci meja.. bawah kerusi..




Yup..!! ini lah dia kerja itu... sangatlah serabut serabai..
so, sekarang ni.. Yun mencuba untuk buat yang terbaik..
Juga sangat bertabah buat masa ini. 
Ini kerana masa tidak sesekali menunggu Yun.. huhuu


 - hargailah masa - ^__^


 bila serabut serabai... pengubat jiwa.. bila tengok


nak boleh? hehehe.. PEACE!!

 p/s : hidup ini.. ada turun naiknya.. maka, bersabarlah.

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Ikhlas



Selamat Pagi!!
Korang dah sarapan?
Pagi ni, sampai je kat ofis..
Yun dah mula mengomel dengan kak ayu..
Laparnyaa.. huhuhu

 Lapar & ikhlas.. apa kaitannya??
hehehe.. ok, meh Yun storie morie.
Pagi ni, Yun tengok ada cawan-cawan 
yang belum dicuci lagi dalam bilik bos.
Agak-agak nak biar sampai semut jemu 
nak tengok ke?? hehehe..

Jadi ku angkatlah cawan-cawan tadi.. & basuh.
Umpama anak gadis membawa baju-baju
untuk dicuci ditepi sungai.. ( berangan sudaaa.. )

Cuci punya cuci..
tetiba, ada sorang hamba Allah bagi Yun kuih.
Alhamdulillah.. terima kasih.
Jadi, ini rezeki Yun pagi ni..





Yun percaya.. apa yang dibuat dengan ikhlas..
Pasti ada ganjarannya.. cuma kita tak pernah tahu
ianya cepat atau lambat.

 p/s : rajin - rajinlah cuci cawan ya.. hik hik hik.. PEACE!!

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Terima Kasih Pengantin Baru





Assalamualaikum kawanku sekalian..
Yun kembali lagi.. hehehe

Hari ni, Yun baru sahaja selesai berjuang..
Bukan berjuang di medan perang 
yang guna pistol bebagai tuu..
Yun berperang di medan peperiksaan. 
Doakan Yun lulus ya? hehe.. Tenkiu. ^___^

 Dah habis pun cuti persekolahan selama 2 minggu..
Wah-wah.. suka aje adik, mama dan abah 
bercuti-cuti di rumah.. sedangkan Yun..
berkejar-kejaran ke ofis setiap hari.. wuuuhuhu

 Sepanjang cuti persekolahan tu,
mesti korang dapat banyak jemputan kenduri kan?
Yun pun banyak jugak.. tapi yang best
pengantin baru kali ini ialah insan istimewa dalam hidup Yun.
Kawan ofis Yun.. merangkap kakak senior tersayang! 





CREDIT

Akhirnya, kakak ku yang tersayang selamat diijab kabulkan..
Alhamdulillah, kini Pn Nurfirdausi sudah menjadi kepunyaan En Fadli. 
Fify & Fadly.. Sweet gitukan. hehehe..

Pelbagai jenis warna.. pelbagai jenis dekorasi pelamin..
tak ketinggalan.. mengintai dulang-dulang hantaran..
bila agaknya.. giliran Yun ya? hak hak hak..
( tersedu sedan kejap ) ngeee...

 Yun nak ucapkan terima kasih kepada semua pengantin lain,
atas jemputan kenduri kalian semua..
Apa yang paling best.. tiap hari ada kenduri.. tiap hari tu jugak
save bujet untuk makan tengah hari.. hehehe.. PEACE !!


 p/s : masih tercari-cari sang jejaka idaman.. PEACE! 

Much Love! Wassalam..
 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA