DO YOU LIKE MY BLOG?

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Kereta Wanita



Assalamualaikum.

Agak lama tak update blog..
tapi hari ni nak jugak update.. 

Entry kali ni..
Special buat kaum hawa ya.
Yes.. wanita.

Kenapa wanita dan kereta?
Just nak share sesuatu yang important ya.
Untuk peringatan kepada diri sendiri jugak.
Sebagai makhluk Allah yang bernama wanita,
kita semua tak lepas daripada sukakan benda yang cantik.
Kalau boleh semua nak senada ajekan. 
Kalau boleh semua nak  warna Pink (lelaki agak 'anti') 
tapi ada jugak wanita yang kental suka warna Hitam!
Nampak eksklusif katanya bedah.. hehe

Sapa suka Teddy bear? Bunga? Haa..
Ni semua kesukaan kaum hawa la.
Bukan la niat di hati cakap tak boleh untuk ada ni semua.
.
tapi perlu la kena pada tempatnya ya.

Kalau boleh.. elakkan letak semua barangan ni dalam kereta.
Haa.. ada yang menggerutu dan kumat kamit...
'Apesal pulak tak boleh... berdosa? Haram? Jenayah?'
Tidak sama sama sekali.

Tetapi.. anda telah mendedahkan diri anda sebagai mangsa
kepada penjenayah yang durjana di luar sana.. 
Haaa.. takut tak?? hmm..
Macam yang kita semua tahu, sekarang banyak

betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan,

bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak

sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa

mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.


Oleh itu jangan terlalu menghias kereta

yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan

wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan

bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar

"mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta

wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang

menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka

bersembunyi dicelah kereta, terutamanya

dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.

Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka

menghias kereta dengan anak patung nih.



Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati

penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa

minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara

mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,

ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.



Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik. 

p/s : jom double check kereta sekarang!! ^___^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Saya adalah Saya



Banyak orang yang mengatakan  perlunyamenjadi diri sendiri”
  Apakah yang dimaksud dengan ‘menjadi diri sendiri’ itu?
Adakah kita belum menjadi diri sendiri? 
Kalau belum, siapa kita sekarang ini?   




Bagaimana menjadi diri sendiri
Diri korang adalah korang dengan segala keunikan dan potensi yang korang miliki.
Menjadi diri sendiri adalah korang tetap dalam keunikan korang, tanpa harus mengikuti siapa pun.
 
Setiap manusia memiliki potensi. Potensi yang boleh digunakan 
untuk meraih kejayaan sesuai dengan keunikannya masing-masing. 
Untuk menjadi diri sendiri, korang harus mengoptimalkan semua potensi diri, 
tanpa harus merubah keunikan atau mengikuti orang lain. 
 
Saat kelebihan unik korang belum ditonjolkan secara optima, 
maka korang belumlah menjadi diri sendiri
Mungkin baru setengahnya, atau bahkan seperempatnya, 
atau baru 10 peratus? Bahkan kurang? 
 
Namun sejauh mana pun korang sudah mengoptimakan potensi diri saat ini,
korang masih boleh terus meningkatkannya. 
Korang masih boleh mencuba untuk lebih baik.
Tidak ada yang namanya pencapaian tertinggi di dunia ini.
Yang ada hanya di akhirat nanti, di saat bertemu Allah SWT.
 
Jadi selama di dunia, kita semua masih boleh memperbaiki diri. 
Kita jadikan hari ini lebih baik dari hari kelmarin 
dan menjadikan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini:

Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kemarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kemarin, dia celaka.Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kemarin. (HR Bukhari)

 p/s : selamat beramal.. Much love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Amalkan Selalu !!




Pepatah melayu ada menyebutkan:”Orang berbudi kita berbahsa ,orang memberi kita merasa” 
Ianya cukup sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita.
Ia mempercayai maksud yang tersurat,malah menjadi pedoman kepada generasi masa kini 
dan akan datang,agar benar-benar memahami dan mengamalkannya  dalam kehidupan seharian.

Jika ia tidak diamalkan,maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa. 
Amalan membudayakan bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya 
orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.

Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi oranga muda.
Di kalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasa.
Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni.
Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya. 

Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni
mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.
Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku seseorang itu,
jika baik tutur katanya,maka akhlak dan perilakunya juga baik,
sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:

“Tegak rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa”

Rasulullah s.a.w menganjur supaya seorang yang beriman selalu menguasai lisannya (lidahnya) dan membiasakan diam jika diam itu ada faedahnya.

Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat,
maka hendaklah berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaklah ia diam”.

Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan
samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja. 
Sekian.. 

p/s : elakkan menggunakan bahasa yang kasar ya.. sama seperti di SINI


Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jatuh Cinta Kerana Allah @ Nafsu

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.   - $umber

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Duhai Muslimah Sayang



Duhai muslimah sayang
Indahnya dirimu di sisi Islam tercinta.. 
Martabatmu diangkat oleh Tuhan.. 
Dalam agama yang sempurna ini.. 
Sayang sungguh sayang Allah pada kalian

Duhai muslimah sayang
Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan 
dan kelemahanpara muslimin..
Janganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salah
Bukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali? 
Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA..

Duhai muslimah sayang.. 
Kini identiti muslimahmu kian hilang
Pada zaman akhir yang penuh kemodenan.. 
Tak kurang jua kejahilan.. 
Dimanakah pegangan agamamu 
yang pernah teguh dan tegal dahulu??  

Duhai muslimah sayang.. 
Indahnya kalian di mata muslimin..
Lagi indah jika terhindar dari fitnah hati dan fitnah duniawi..
Bagaimana mahu terhindar andai dengan mudah hatimu diberi? 
Dengan mudah tubuhmu digauli sesuka hati oleh insan ajnabi?  






Duhai muslimah sayang
Muslimin menghargai keindahan dan kecantikan padamu
Jangan hilangkan tanggapan yang mahal itu
dengan hawa nafsu yang merosakkan ia
Yang bakal, Menjatuhkan maruahmu sekeluarga.. 
Menjadikan dirimu lemah dan tidak berharga.. 
Tetapi, Bangkit jua berjuang dalam agamaNYA.. 
Menemani muslimin bersama.. 


Duhai muslimah sayang.. 
Kehidupan di bumi tidaklah lama
Yang payah dijaga perlu terus tegas dijaga
Yang mudah binasa perlu kekal dipelihara dari cela dan noda
Hiasi rohani dengan santapan ilmu Islami.
Yang menuntun keimanan tuk menjaga kehormatan diri


Duhai muslimah sayang
Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuat
Kuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan 
yang tersembunyi laknat Tuhan.. 
Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian sedikit alpa.. 


Jangan muslimah! 
Muslimin jua tidak sekuat Nabi Yusuf menentang hawa nafsunya.. 
Tidaklah jua seperti malaikat yang tidak bernafsu 
bila melihat dan terlihat..
Jangan biarkan dirimu mudah menjadi santapan 
pandangan jahat yang tidak mengira tempat
Bisikan rakus yang mengganggu gugat iman mereka, 
muslimin sekalian


Duhai muslimah sayang.. 
Dikau sebaik perhiasan.. 
Jika menjadi solehah sebagai pilihan.. 
Bukan hanya perhiasan dunia 
bahkan hidup seorang muslimin yang mendamba bidadari dunia.. 
Jagalah dirimu sebaiknya.. 
Kelak, kau jua kan mendapat kebahgiaan dariNYA. 



Much love!! Wassalam.. 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Hakikat @ Sekadar Ilusi

Hai korang.. Yun baru je bersihkan wajah sebelum tidur. Penting tau.. Harus buat walaupun 1000x malasnya! ehehehe.. Ok2. Entry pagi-pagi buta ni, adalah untuk share pendapat Yun sahaja. Selama 3 jam, Yun menonton filem Vivvah di astro, zee chanel 108. Korang nengok dak? hehe.. Filem yang menceritakan tentang pengalaman di antara waktu pertunangan menuju ke alam perkahwinan. Wah2.. romantik yang amatlahkn. Filem yang dilakonkan oleh hero pujaan ramai, Shahid Kapoor dan heroin yang kecil molek, Amrita Rao. 

Apa yang nak yun kongsikan pendapat.. di mana, dalam filem ni.. watak hero iaitu sang teruna a.k.a si tunangan sangat-sangatlah sincere. Walaupun, si dara a.k.a si tunangan ini sudah di timpa musibah pada malam perkahwinan, dia masih sanggup menerima tunangannya dengan hati yang ikhlas. Cinta yang sejati la gamaknya. Bercucuran gak lah air mata ini.. emotional! huhuu.. Bayangkan hampir 40% badan tunangannya terbakar. Even dah buat plastic surgery, doktor masih bagitau yang masa penyembuhan adalah agak lama. Sokongan keluarga adalah amat penting.

So, adakah insan seperti watak hero tersebut di abad ini? ce jawab2.. Bukan ape, daripada segi perspektif  realiti kehidupan sebenar yang boleh Yun utarakan disini.. kebanyakan diantara kita mengimpikan pasangan yang terbaik daripada segenap hal. Yun tak cakap ianya salah. Memang.. memang kita perlu memilih jodoh yang terbaik buat diri kita. Namun perlu kita ingat, adakah kita cukup layak untuk berdampingan dengannya?? Adakah kita cukup layak untuk diberi yang terbaik olehnya? Jawapan ada pada diri masing-masing. 

Dunia sekarang, semua inginkan yang cantik.. tampan.. bijak.. kaya.. namun, ke mana semua tu akan pergi? Adakah ianya akan kekal untuk selama-lamanya? Tanpa iman dan taqwa, segala akan hilang dengan sekelip mata. Ingatlah kawanku, apa yang dimiliki sekarang.. hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, manfaatkanlah segala yang ada dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali menodai kesucian dan amanah yang telah diberikan.

Jika pernah tersasar dari jalan kebenaran.. kembalilah. Aku juga belajar daripada kesilapan. Pengalaman mengajar aku tentang kehidupan. Keburukan memberikan aku 1001 sebab untuk membuat kebaikan. Jadi, mulai hari ni, bangkitlah kawanku.. Berikanlah yang terbaik untuk diri, agama dan bangsa. Semoga, kehidupan hakiki kita lebih indah seperti yang diharapkan.

Much love!! Wassalam.



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA