DO YOU LIKE MY BLOG?

Contest: Do You Care Enough?

Entry pertama hari ni,
Yun join satu contest daripada Cybeelila..
Atas jemputan Chybeelila di shoutbox
Thank you so much!

nak JOin? klik SINI !

Contest kali ni, 
Yun perlu pilih hanya satu gambar daripada koleksi gambar Chybeelila..
dan perlu bagi pandangan. idea atau cadangan Yun pada gambar itu.

 Chybeelila.. Ada banyak gambar yang menarik, macam mana?
hehehe.. PEACE!!

 Antara gambar yang Yun tertarik.. menarik dan da bOom!!

- koleksi Eid 1431 H-

-koleksi Colmar France-

-koleksi Rhine Falls-
Yun edit sikit utk combine pic ni.. ampun.. PEACE!!

- koleksi Landscape -


Pic yang bertakhta di Hati YuN


- koleksi daripada album Photoshoot @ Weingarten -


Pertama kali .. Yun buka photo gallery Chybee
Gambar ini yang menyentuh hati Yun..
Syahdu gitu kan.. hehehe

 Yun suka pic ni.. sebab
nampak so original..
keutamaan di tekankan di bahagian kaki..
Umpama seorang anak gadis yang penuh misteri.
Kombinasi antara warna merah sandle dan warna alam itu,
sungguh unik! i love it so much!

 Kalau la Yun punya own magazine..
Pic ni, memang akan jadi pic cover majalah itu! 
wahh.. merapu sudah! PEACE!!

 Bila tengok pic ni.. Yun terbayangkan 
empunya diri menyanyikan lagu INI
 punya sebuah gitar di tangan.. 
tentu tampak lebih klasik dan woWw!

 Okeh! itu sahaja.. nak komen banyak-banyak..
Yun bukan pro dalam bidang fotografi..
Just share pandangan Yun sahaja..

 ~ Sekian ~

 p/s : kawan-kawan yang sukakan pic.. jom join!

Much Love! Wassalam..


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI




klik!!


Aku membetulkan tudung ku yang sudah kebasahan di timpa hujan.
Alhamdulillah, di kala senja hujan sudah berhenti..
Boleh la balik ke rumah dengan aman.. ngomelku di dalam hati.

 Sambil berjalan menuju ke kaunter tiket,
aku terserempak dengan Dea Izzana dan Nathrah.
'Laa, apasal dengan Yun ni? Basah kena hujan ke?' tanya Dea
A'aa la.. Aku tengok ada je payung tu.. pun boleh basah?' bising Nathrah kepadaku

 Aku tersenyum.. Meletakkan fail-fail di atas bangku.
'Korang tengok la.. fail pejabat ni, berlambak aku kena bawak balik rumah..
Payung ni kecik je, jadi fail-fail ni aku teduhkan dulu..
Report ni nak kene submit esok, kalau tak.. bising la Dato Ben Ashaari, bos aku tu.
Jenuh nak menjawab! hmm.. 

 Kami berborak dengan rancaknya, tiba-tiba aku terpandang sahabatku
Penulis Senja.. berada di satu sudut tiang.
'Amboi.. duk tengok pelangi.. cari ilham buat puisi la tu.. hehehe'
Aku tersenyum sendirian..

 Kami tergopoh gapah memasuki LRT bersama para penumpang yang lain.
Dea dan Nathrah mendapat tempat duduk yang sama.. Namun, tiada yang kosong bagiku.
Aku memerhati sekeliling.. Ya! Kat situ kosong.. 

Aku duduk.. Memegang fail di tangan dan meletakkan payung di kerusi.
Aku dan Dea bersembang lagi.. manakala Nathrah sudah tertidur. 
Sampai di perhentian kami, cepat sahaja aku bangun dan mengejutkan Nathrah.
Kami keluar daripada LRT, lalu singgah membeli makanan untuk santapan malam ini.

 Telefonku berdering.. Tertera nama housemate ku, Misz Nuriz.
'Assalamualaikum, hello.. Yun, ko kat mana? Apasal tak sampai lagi?'
'Aku duk beli nasi ni.. dalam 10 minit lagi, aku sampai. Sambil tunggu aku, boleh la ko buatkan air oren ya.
hehehe.. telefon ku matikan.

 Aku, Dea dan Nathrah berpisah di situ.
Menghala ke rumah masing-masing.
 Aku berjalan sendirian mendaki bukit pangsapuriku..
Namun, aku menyedari ada seorang lelaki mengekoriku.
Daripada kedai nasi sehinggalah ke pangsapuri..
Aku cuba menyedapkan hati, mungkin dia juga tinggal di sini.

 Aku meneruskan perjalananku.. Sesampai di muka pintu lif.
Aku, dia dan beberapa penghuni lain memasuki lif tersebut.
Aku menekan butang nombor 4. Itulah aras rumahku.
Aku menanti lelaki berbaju hitam itu menekan nombor aras. 
Namun aku hampa, dia hanya berdiri kaku.

Seorang demi seorang penghuni, keluar dari lif tersebut.
Saat ni, hanya aku dan dia.
Aku mula panik.. Aku memerhatinya dengan ekor mataku
Aahh! Sah, dia memang memerhatikan aku. 
Lebih parah lagi, dia juga keluar dari lif bersama denganku..

 Aku berjalan membelok ke sebelah kiri.. dia juga begitu.
Bulu roma ku meremang.. Aku berselawat dan berdoa agar tiada perkara yang tidak elok berlaku.

Aku berhenti, tepat di muka pintu rumahku.
Ku bunyikan loceng bertalu-talu.. namun tiada sahutan 
daripada Misz Nuriz.
Aku makin menggelabah..  Aku menggeledah beg tanganku.
Mencari-cari di mana kunci rumah.. Jumpa! 
Dengan tangan yang terketar-ketar, aku membuka pintu..
Namun, kunci itu jatuh dari pegangan ku.
Tubuh ku menggigil apabila ada tangan yang menyentuh bahuku.

 Aku mencari secebis keberanian,
dan menghadapi lelaki berbaju hitam tadi.
'Awak siapa..??!! Nak apa.. Baik awak pergi..!!
secara tidak sengaja, aku memukulnya menggunakan payung.

 Tiba-tiba dia menjerit.. Aduh!! 
Weii pempuan... aku bukan orang jahat la..
Aku nak balik payung aku tu.. Ko ambik payung aku dalam train tadi.
Ni payung pink ko!!

 Terkebil-kebil aku memandang lelaki itu 
yang sudah hilang dari pandanganku.
Tiba-tiba aku di sergah oleh Misz Nuriz.. Aduss! Kurus semangat..
Aku menceritakan kejadian tadi.. 
Kejadian tadi memang menggeletek hatiku. 

 Namun.. aku masih tertanya.. siapakah lelaki itu? apa namanya...

 ~ Sekian ~

 p/s : korang kalau jumpa lelaki berbaju hitam, bawa payung dalam LRT.. bagitahu Yun ya?? PEACE!!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jadilah Insan yg Bertimbang Rasa



Adakah korang insan yang bertimbang rasa?
Ya? Alhamdulillah.. 

 Kali ni, Yun nak berkongsi sedikit 
pengalaman dan juga luahan hati..
Yun terkilan dengan sikap sesetengah orang..
Siapakah? Orang-orang yang terlibat.. hehee

Kejadian ini, berlaku ketika lunch hour tadi..
Yun bersama beberapa orang rakan sepejabat
menuju ke sebuah kedai nasi.. agak famous di sini.

 Cuaca yang panas terik..
Perut yang  juga sudah mengundang pelbagai irama
membuat hati-hati kami ini menjadi sungguh riang
apabila nasi sudah berada di tangan..

 Namun, malangnya.. kelihatan tiada satu meja yang kosong.
A'aa sudah! Mana nak duduk.. 
Nak bersila.. tak kena tempatnya..

Mata kami berempat terkebil-kebil 
melihat meja anak-anak muda yang sudah siap menjamu selera..
namun, masih bersembang di meja.
 Sedangkan, mereka mengetahui kehadiran kami..yang ketiadaan meja ini

Yun terkilan.. bukan kerana diri Yun, 
sebab Yun masih muda, masih gagah untuk berdiri menunggu kalian.
Namun, bertimbang rasa la dengan kakak yang sarat mengandung
berdiri menunggu kalian, hanya untuk mengisi nasi ke perutnya

Oleh itu, silalah punya sikap timbang rasa.
Tidak kira di mana korang berada ya. 
Korang bukan sahaja membuatkan orang lain gembira
malah dapat pahala.

 p/s : nak borak lama2, sila duk kat kopitiam. siap blh surf intrnet 
& update blog.  PEACE!

 Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA