DO YOU LIKE MY BLOG?

Hello Bro! Tolong Masak



Assalamualaikum.


Anyone yang ada astro kat rumah, if tak pernah tengok full pun,
at least, mesti pernah tersilau tengok iklan program ni.

Hello Bro! Tolong Masak a new cooking show exclusive from Astro.

Now, petang-petang.. SB akan tercongok depan tv
untuk tengok 3 jejaka ni memasak. Sambil-sambil tunggu 
masa untuk hidangkan lauk pauk berbuka puasa, jom kita
ambik resipi diaorang. hehehe



Who? hehehe..
They are Nik Micheal, Fikri and Zamir. Both Nik and Zamir ni from 
Program Masterchef Season 1.Fikri.. i don't have any idea..
Ada sape-sape tahu x? Do tell me. 

Program masakan  ke udara selama 30 minit.
Ianya bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 6.30 petang di channel Astro Ria.
Selain chef-chef yang gentleman ni dalam setiap episod,
seorang artis turut diundang untuk memasak.

Then, masakan ini akan di servekan kepada customer
 ( kebanyakan selebriti Astro)
dan diorang akan komen masakan serta memberi sedikit sumbangan
kepada insan-insan yang memerlukan.

Apa yang pasti, program ini memberi satu perubahan
disambil membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan
dan Syawal yang bakal menjelma.

p/s : suka tengok Fikri dan Dato' Fazley masak.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Pramugari Vs Ulama



 
Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki , seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulama: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Cara Wahyu Diturunkan Kepada Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a: Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah SWT diturunkan kepada mu?” Rasulullah SAW menjawab:” Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari ber...bagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian suara (loceng) itu menghilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemui ku dalam keadaan wujud seorang lelaki dan berbicara kepada ku dan aku mengingati apa yang ia katakan. Aisyah r.a menambah: “ Ketika nabi SAW sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah SWT.”

 
juga melalui cara di bawah ini:

1]Wahyu yang diturunkan adalah berupa mimpi yang baik

2]Pengetahuan yang diletakkan oleh Allah ataupun Malaikat Jibrail dalam hati nabi tanpa bersuara.
3]Malaikat Jibrail datang kepada nabi dengan menjelma rupa seorang lelaki

4]Datangnya kepada nabi berupa semacam bunyi loceng

5]Bunyi seperti suara lebah

6]Malaikat Jibrail datang kepada nabi dalam bentuknya yag asli

7]Allah berkata-kata secara langsung dengan nabi



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA