DO YOU LIKE MY BLOG?

SB Nak Buat Bizz!



Assalamualaikum.
Petang ni, apa aktiviti korang ya? 
SB sedang fikir.. nak berniaga.
Side Income orang cakap.. Saja nak promote market.
Belajar Marketing, apa kata try.. boleh gitu?
hehehe ^___^

 SB just nak cuba berniaga kecil kecilan dulu.
Banyak jugak yang SB search pada En. Google..
Ya! En. Google terima kasih.. Lagi kamu menolong SB.
hehehe ^___^

 SB tengok.. baca.. ada macam-macam 
jenis perniagaan online.
Pening jugak.. Kalau buat perniagaan aksesori wanita,
korang sudi nak beli x? hehehe..

 So, SB nak mintak pendapat korang kat sini..
Perniagaan apa dan macam mana yang SB boleh buat..
Segala cadangan, pandangan 
Jutaan Terima Kasih SB ucapkan!


-credit-

 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Family Gathering

Assalamualaikum.
Sekarang masih gelap.. tapi dah pagi! Erm, dah jam 2.00 pagi. 

Malam tadi.. Ya, beberapa jam yang lalu..
SB ada family gathering. Best sangat! 
Cuti akhir tahun.. baru dapat nak berkumpul.

 Yela, ada yang kerja kat KL, Terengganu, Perak
susah nak jumpa. Tapi, sebab family SB ni ramai
yang bergelar pendidik a.k.a Cikgu
hujung tahun.. cuti! tapi SB tak cuti ok. 
keje tak sama cam orang lain..  >.<''

Apa-apa pun, thanks a lot to SB punya Mama, Asu, Cik La n Acik
Sebab adakan family gathering nie. Agak-agak tahun depan ada lagi ek?
InsyAllah. ^___^

Jom Layan Gambar... PEACE!


























 p/s : miss dis moment! ^___^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday

There Always Room For One More Pair! ^__^









Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Bodek.. Perlu ke?


Assalamualaikum.

Pagi ni SB dah boleh menjenguk blog tercinta. hehehe
Selama 4 hari ini.. ada kerja yang perlu dijalankan.

 Bodek? Korang tahu tak apa itu bodek?
Membodek atau kata nama lainnya mengampu. 

Sapa yang suka membodek? sila angkat ibu kaki. 
    ~ lalalala

 SB sangat kecewa dengan sikap sesetengah orang.
Bila kita membuat kerja dengan ikhlas.. tetapi
ada orang yang membuat kerja dengan cara talam dua muka.
Sungguh tak dapat diterima.





 Sabar.. Ya! Itu adalah kunci yang paling penting dalam situasi ini.
Bila ada orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap kita.
Kita sabar dan mengambil iktibar diatas perlakuan mereka itu.

 Apa yang mereka katakan adalah tidak penting..
Tetapi apa yang penting ialah cara kamu menghadapinya.


 Oleh itu, sabar selalu. 


p/s : rasa macam unsafety.. hu3











Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Keredhaan Cinta

Assalamualaikum.

Mood menulis sudah menjelma 
tatkala melihat writing contest 
Bro EQ

Nak Join? Boleh, deadline 25/11/2011


~ Jom Baca ~
Renungan matanya membuatkan aku semakin gelisah. Puas aku memandang skrin pembelajaran di hadapan. Agaknya penglihatanku kala ini sudah menembusi skrin tersebut. Aku hanya bersabar dan bertenang. Lagakku seharusnya seperti sedang memproses input yang sedang dipelajari. 
‘Ya Allah, Aisyah.. kau ni kenapa? Kalut semacam je. Tak tunggu aku pun. bebel Arina sahabatku ketika dia keluar mendapatkan aku di Taman Warisan. ‘Yelah kau ni, berjalan macam lari daripada hantu je. Haa.. atau kau memang nampak hantu tadi? Macam Hantu Motel atau Hantu Gigi dalam drama Astro tu? Hahaha..’ kedengaran ketawa Emma memecah sunyi. Aku hanya mampu tersenyum. 

Aku memandang ke luar jendela. Sekali lagi, aku diterjah oleh peristiwa dua minggu lepas ketika bercuti di kampung. ‘Mak, siapa yang nak datang hari ni?’ tanya adikku. Mak hanya tersenyum sambil membuat air milo panas. ‘ Betul cakap adik tu, siapa yang bertuah nak bertandang rumah kita hari ni ya dik. Banyak betul masakan mak tengah hari ni, ’aku mencelah dan menarik kerusi bersebelahan adik. Hidangan sudah tersedia, cuma menunggu kedatangan tetamu istimewa mak dan abah. Masih tertanya-tanya siapakah gerangannya. Aku hanya menunggu di dapur sambil berborak dengan adik kesayanganku itu. 

Aku tergamam. Semuanya sudah diatur. Melihat gambar itu bagaikan halilintar yang memanah hati. Aku redha dengan ketentuanNya. Cincin belah rotan itu aku terima dengan seikhlasnya umpama hati si pemberi. Ya, lelaki itu adalah Dr Farhan. Bukan orang lain, namun pensyarah fakultiku sendiri. Kali pertama berbicara bagaikan dia sudah menduga isi hati kecil ku ini. Takut? Ya, hubungan aku dan dia. Hubungan antara seorang Pensyarah dan Pelajar. Masih ku ingat kata-katanya. ‘Aisyah, ini sudah jodoh kita. Gelaran dan pangkat hanya pada nama, namun ikatan antara kita sudah tertulis sedari awal di Luh Mahfuz. InsyaAllah, semua berjalan lancar dengan redha Allah. Aku tersenyum dan mendoakan yang terbaik buat kami berdua. - WORDS : 295

- Sekian -

*wish me luck!*

p/s : SB tag Hamimi

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

SB Bangga Punya Harimau Malaya!



Sekalung Tahniah!
 daripada SB buat
Skuad Harimau Malaya

 diatas kejayaan 
memenangi & mempertahankan 
Pingat Emas di Sukan Sea.










p/s : berbaloi tengok game semalam. Aumm!!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wahai Blogger, Jom Berkenalan.


Assalamualaikum.

Godek-godek blog.. Jumpa satu segmen daripada
Bro Hasrul Hassan.

 Dah lama xjoin segmen dia. hehehe..



 Ok, tengok bawah!


Nak? Klik PIC!


Nama ~ Srikandi Bonda a.k.a SB 

Kandungan Utama ~ Cerita @ artikel yang menarik untuk dikongsi

 Tahun Berblog ~ Mula berjinak-jinak awal tahun ini, 2011

Tujuan Menulis Blog ~ Sharing sesuatu yang berguna, untuk dapat ramai kawan and enjoy to have my own blog. 

Okeh, DONE!
Tq bro for dis segmen.. Moga-moga lebih ramai kenalan kali ni.


p/s : sape nak join? sebelum jam 3 petang 22/11/2011.
HuRRy Up!!!
 


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jom join BLOGLIST nurulAuni tahun 2011




Sahabatku Sekalian..

Jom Join Bloglist!



JoM Jo!N!  


 p/s : lamanya tak blogwalking... jom3!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

HIDUP SIHAT? CEGAS DIABETES! - Bhg 1






Apakah itu Diabetes (Kencing Manis)?
  •  Ia adalah satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah berlebihan

Bagaimana Diabetes Terjadi?
  • Biasanya takat glukos dalam darah dikawal rapi oleh satu bahan yang dikenali sebagai 'insulin'.
  • Insulin ini dihasilkan oleh kelenjar yang dipanggil 'pankreas'
  • Dalam penyakit kencing manis, mungkin insulin yang dihasilkan tidak mencukupi @ tindakan insulin kurang berkesan. Oleh itu, glukos berkumpul di dalam darah secara berlebihan.
 Jenis-Jenis Diabetes

Jenis I
  • Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak @ remaja
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis II
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Jenis III
  • Keadaan ini adalah sementara
  • Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung
 ~ to be continue ~

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Sape Mau iPAD 2? JoM!



Assalamualaikum.
Selamat Pagi Warga Blogger!!


 Pepagi lagi Yun dah bukak tawaran.
Awesome tak tawaran nih?? hehehe
Mesti ramai yang nak ya..
Yun pun nak! 

 Apa yang perlu di lakukan 
untuk mendapatkan 4 iPad nie..

 Jom Semak!!








Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

3 Pemenang GA Yang Bertuah!



Assalamualaikum.
Selamat Pagi sahabatku semua..

Akhirnya tiba jua waktu & ketika
untuk Yun umumkan nama pemenang
bagi GA Acu Oyak.

 First of all,
Yun nak minta
beribu kemaafan 
diatas kelewatan pengumuman ini
Rasanya dah lewat bout 3 months.
Bukan sengaja di lewatkan,
tetapi disebabkan kekangan masa & kerja + study.

 Anyway, thanks a lot
pada semua yang sudi join GA ni.


IIIIII
IIIII
IIII
 III
II
I

  1.  Syaf - http://syaf.frenzyfm.my/2011/07/giveaway-acu-oyak.html
  2. Tiefazatie - http://tiefazatie.blogspot.com/2011/06/acu-oyak.html
  3. Fiqra -  http://fiqracake.blogspot.com/2011/06/acu-oyak.html
 So, untuk 3 pemenang ini.. boleh tinggalkan no hp @ facebook disini
untuk menebus hadiah anda. ^___^
 p/s : jangan jemu-jemu sertai GA Yun ek. PEACE!!


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

14 November 2011

Assalamualaikum.
Selamat Pagi Warga Blogger ku yang dikasihi.
Dah lama Yun xupdate blog ini. 
Sudah berhabuk.. uhuk3x :D

Permulaan bagi hari Isnin.. 14/11/11
Hari ini semua calon atau pelajar akan menduduki 
Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM!!

http://www.smileycodes.info

One of da candidate for sure is my sista!
so, along nak ucapkan
Good Luck untuk adik tersayang
xlupa juga buat semua calon SPM di luar sana.
Jawab elok2. Lapangkan hati. 
InsyAllah, apa yang dipelajari selama 2 tahun 
inilah masanya untuk dicurahkan segala ilmu itu.

 Buat semua ibu bapa.. guru-guru.. pihak pibg sekolah
a lot of thanks 
kerana penat lelah dan usaha anda semua
Anda semua adalah tampuk 
kepada permulaan kehidupan mereka.

 Last but least..
Fighting!! to all SPM Candidates in Malaysia.


p/s ~ make yOur dreams come true.. okeh!! 



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Salam Ramadhan





Semoga Ramadhan kali ini lebih Bermakna dan memberi Cahaya dalam
Kehidupan kita semua. InsyAllah.. Amin. 

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

GA : Acu Oyak


- ENTRY MELEKAT -

Hari ni, niat Yun akan ditunaikan..
Yun nak buat satu GA..
Korang sudi tak join? hehehe..

 Ok.. apa yang diperlukan ialah..



* buat satu entry untuk GA ini..

*tajuk GA ialah.. Acu Oyak

* tempek banner kat atas tuu 

* sila bagi komen tentang blog Srikandi Bonda
+ saranan tampak lebih baik (markah bonus)

* Tinggalkan link entry di sini.. 

* sudi jadi follower Yun   ^__^

Hadiah.. jeng jeng jeng..

* 3 pemenang akan di pilih

* Tempat Pertama - top up RM30
* Tempat Kedua - top up RM 20
* Tempat Ketiga - top up RM 10

GA ini bermula pada hari ini ( Khamis )16 JUN 2011 
dan tamat pada (Khamis) 28 JULAI 2011

p/s : Dengan lafaz bismillah.. the GA start NOW! 

Much Love..  Wassalam  ^___^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Adik diterjah PLKN???



Assalamualaikum..
Fuhh.. Lega nii.. Yun dah brjaya submit assignment dengan jayanya.
Alhamdulillah.. now, study.. prepared for final exam. yehaaa... ^__^


 Stop.stop.stop!!
Ruangan ini, bukan nak cerita hal assignment okeh..
Nie haa.. Minggu ni, adik Yun yang tersayang.. termanja..
kalut duk check nama.. sempena apa?
PLKN!! haa.. sapa yang nak join??
Angkat tangan macam ni..http://www.smileycodes.info hahaha

 Wahh.. macam suspen dowh..
Check on9.. busy..
Send sms.. xreply..
ayoo.. peluh dah menitik2  http://www.smileycodes.info 
(story je gempak.. tak de pun! kikiki )

Last2, semalam..
Punya happy.. macam dapat durian runtuh..
'Kak long... adik tak dapat PLKN!http://www.smileycodes.info '
(dengan nada happy giler & ingin membuat Yun jeles)
Jeles?? Motif..??hahaaha..
Waa.. banyak giler shortlisted aktiviti yang bakal 
diterokainya nanti.. ketika menunggu result SPM.

Fuhh.. Dasyat2. Jap..
SPM belum lagi.. dah pikir??
http://www.smileycodes.info~ lalalala..





 moral of the story.. :  sila fikir positif jika nama anda tersenarai ke PLKN. PEACE!!

Much http://www.smileycodes.info!! Wassalam..



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !






Saya dengan ini menjoinkan blog ini.. hehehe..
Peace!!!


Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jom Join Bloglist Wacanaku

nak join? klik P.W

Assalamualaikum.. (ketuk pintu bloglist) hehehe..

Sekarang.. Yun agak sibuk & bertabah dengan assignment..
Bila godek-godek blog.. nampak bro wacana buat bloglist.
Waa.. teruja untuk join.. sambil menghilangkan ketegangan stress..
hehehe.. PEACE bro!!

 Yun nak tag ML untuk join bloglist ni... 
sapa-sapa yang berminat, jom join okeh! 
Sure, uols akan addicted with this! wahaha..

 Okeh! time up... =.='

 p/s : yun belum buat bloglist..once i do it, yun sure letak bro nyer blog. ^___^

Much Love! Wassalam..



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

yUn kacau bilau.. serabut serabai...



Assalamualaikum...
Dah lama tak menghapdate blog SB.. 
Sekarang.. memang tak ada mood ..
tetapi tetap ku gagahi jua..

 Apa yang kacau bilau? Serabut serabai..
Amboii.. mengalahkan Perdana Menteri ke...
huhuhu.. sabar yun.. sabar..

 Okeh! Antara kerja yang masih pending di laci meja.. bawah kerusi..




Yup..!! ini lah dia kerja itu... sangatlah serabut serabai..
so, sekarang ni.. Yun mencuba untuk buat yang terbaik..
Juga sangat bertabah buat masa ini. 
Ini kerana masa tidak sesekali menunggu Yun.. huhuu


 - hargailah masa - ^__^


 bila serabut serabai... pengubat jiwa.. bila tengok


nak boleh? hehehe.. PEACE!!

 p/s : hidup ini.. ada turun naiknya.. maka, bersabarlah.

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Indahnya Cinta Kurniaan Allah





Sekalipun cinta telahku uraikan

Dan aku jelaskan panjang lebar

Namun jika cinta kudatangi

Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan

Namun tanpa lidah

Cinta ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

Kata-kata pecah berkeping-keping

Begitu sampai kepada cinta

Dalam menguraikan cinta

Akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan
- petikan puisi arab dalam filem KCB -

p/s : join GA yun? jom...   SINI

Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Ikhlas



Selamat Pagi!!
Korang dah sarapan?
Pagi ni, sampai je kat ofis..
Yun dah mula mengomel dengan kak ayu..
Laparnyaa.. huhuhu

 Lapar & ikhlas.. apa kaitannya??
hehehe.. ok, meh Yun storie morie.
Pagi ni, Yun tengok ada cawan-cawan 
yang belum dicuci lagi dalam bilik bos.
Agak-agak nak biar sampai semut jemu 
nak tengok ke?? hehehe..

Jadi ku angkatlah cawan-cawan tadi.. & basuh.
Umpama anak gadis membawa baju-baju
untuk dicuci ditepi sungai.. ( berangan sudaaa.. )

Cuci punya cuci..
tetiba, ada sorang hamba Allah bagi Yun kuih.
Alhamdulillah.. terima kasih.
Jadi, ini rezeki Yun pagi ni..





Yun percaya.. apa yang dibuat dengan ikhlas..
Pasti ada ganjarannya.. cuma kita tak pernah tahu
ianya cepat atau lambat.

 p/s : rajin - rajinlah cuci cawan ya.. hik hik hik.. PEACE!!

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Terima Kasih Pengantin Baru





Assalamualaikum kawanku sekalian..
Yun kembali lagi.. hehehe

Hari ni, Yun baru sahaja selesai berjuang..
Bukan berjuang di medan perang 
yang guna pistol bebagai tuu..
Yun berperang di medan peperiksaan. 
Doakan Yun lulus ya? hehe.. Tenkiu. ^___^

 Dah habis pun cuti persekolahan selama 2 minggu..
Wah-wah.. suka aje adik, mama dan abah 
bercuti-cuti di rumah.. sedangkan Yun..
berkejar-kejaran ke ofis setiap hari.. wuuuhuhu

 Sepanjang cuti persekolahan tu,
mesti korang dapat banyak jemputan kenduri kan?
Yun pun banyak jugak.. tapi yang best
pengantin baru kali ini ialah insan istimewa dalam hidup Yun.
Kawan ofis Yun.. merangkap kakak senior tersayang! 





CREDIT

Akhirnya, kakak ku yang tersayang selamat diijab kabulkan..
Alhamdulillah, kini Pn Nurfirdausi sudah menjadi kepunyaan En Fadli. 
Fify & Fadly.. Sweet gitukan. hehehe..

Pelbagai jenis warna.. pelbagai jenis dekorasi pelamin..
tak ketinggalan.. mengintai dulang-dulang hantaran..
bila agaknya.. giliran Yun ya? hak hak hak..
( tersedu sedan kejap ) ngeee...

 Yun nak ucapkan terima kasih kepada semua pengantin lain,
atas jemputan kenduri kalian semua..
Apa yang paling best.. tiap hari ada kenduri.. tiap hari tu jugak
save bujet untuk makan tengah hari.. hehehe.. PEACE !!


 p/s : masih tercari-cari sang jejaka idaman.. PEACE! 

Much Love! Wassalam..
 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Hatiku Riang

Assalamualaikum.. Selamat Pagi Cintaku!
Waaa.. Dah lama benar, Yun tak update blog tercinta ni.
Busy dengan kerja.. assignment lagi.. 

Alhamdulillah.. Hari ini.. Yun sempat update blog.
Jap lagi, nak jenjalan blog sahabat-sahabat Yun..
Wait for me yaa.. 

Hari riang? Korang berhati riang tak pepagi ni..?
Haa... Yun riang.. sebab apa..
sebab kerja tak ada masalah.. bos pulak outstation.
boleh macam tu? huhuu

Apa yang boleh membuatkan hati Yun 
riang dan gembira??

I
II
III
IIIIIIII
IIIIIII
IIIIII
IIIII
IIII
III
II
I




FamiLy

Bersama keluarga tercinta.. segala masalah yang terbeban di otak ni.. semua boleh lega.
walaupun tak dapat diselesaikan, mereka adalah penyokong yang paling penting dalam hidup Yun.



Kucing

Haa.. Inilah haiwan yang paling Yun suka! Ada yang tak suka kucing kat sini??
Mesti ada kan.. kawan Yun pun ada yang tak suka kucing..huhu
Bagi Yun, kucing ni bagaikan terapi tau.. Yun boleh gelak sorang-sorang tengok gelagatnya.


Buih Sabun

Korang pernah main tak buih sabun.. time zaman kanak-kanak dulu kala??
Haa.. Yun suka! Sampai sekarang.. dah besau mak orang pun, still suka! kekeke..



Kanak- kanak

Korang ada adik? Anak sedara... sepupu.. @ anak??
Korang suka tak melayan kerenah diaorang?
Yun suka.. sebab.. diaorang ni paling kreatif!
Macam-macam gelagat.. macam-macam soalan.
Sampaikan ada soalan yang Yun tak boleh nak jawab.. hehehe



Wishing Star

Korang pernah buat wishing star banyak macam ni?
Lepas tu.. letak dalam botol.. then, tanam.
Pernah? hehehe.. Yun dulu, buat jugak..
Zaman budak-budak.. semua nak buatkan..
Bila ada je impian tu, tulis atas kertas, buat bintang..
Bukak balik zaman dewasa ni, ada yang trcapai ada yang tak..



 Laut

Yun suka tengok laut... luas terbentang!
Nyaman... desiran ombak.. Waa.. Bestnya!


p/s : ada sape-sape nak ajak Yun bercuti tepi laut?? hehehe

Much Love! Wassalam

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA