Fuhh..!! Penat sangat arini. Kenapa?? Hari ni, dengan segala hormatnya .. Yun dinaikkan pangkat menjadi pemandu kepada adik Yun.. erk?? Macamlah selama ni tak. hahaha.. Okeh! Hari ni, Yun tolong adik dan kawan-kawan dia membuat survey.. hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sekolah mereka. Sempena? Mestilah sempena Hari Guru.. Ni kan dah bulan Mei. Amboi-amboi.. mentang-mentang dah tak duk kat sekolah, lupa kat cikgu ya? hehehe..
Jadi, untuk memudahkan kerja. Yun tanya adik.. berapa bajet untuk hadiah. Adik cakap RM 5.00. Woww.. Lumayan tuuu!! Haa.. Kita semua menuju ke Kota Bharu. Yun, adik, ika dan mira. Tempat pertama yang di tuju, adalah KK Home. Kami dengan penuh bersemangat menuju ke arah kedai cenderahati itu. Namun, alangkah hampanya.. bila sampai di depan pintu, nampak perkataan ( TUTUP ) erk?? Rasanya tak adalah awal sangatkan. Time tu, dah pukul 10 pagi. Rupanya, kedai tu bukak pukul 11 pagi. Hayoo.. Kami kecewa. huhuhu
Walaupun hampa, kami terus bersemangat menuju ke Mega Lace dan Pasar Siti Khadijah. Haa.. sapa-sapa yang tak pernah datang Kelantan, kalau sampai sini nanti.. tempat ni wajib datang okeh! hehehe.. Kami pun, pusing di tingkat 2 Pasar Siti Khadijah tu.. untuk mencari barangan yang di perlukan tadi. Tetapi, nasib tidak menyebelahi kami.. Ini kerana, barangan itu sudah banyak di pindahkan ke tempat Kraftangan di bahagian belakang. Berjalan pergi sana?? No.. no.. mereka tak nak. Ok.. Yun ikutkan saja. hahaha
Lepas tu, kami menuju ke Pantai Timur.. Mydin.. Penat.. Panas. Waduhh!! Susah betul nak cari hadiah yang cantik dengan bajet yang cukup makan ni. Ingatkan RM 5.00 tu dah banyak, tapi harga barangan sekarang memang mahal! hehehe..Air peluh memercik di dahi kami.. Yun ternampak kedai roti. Bukan roti yang bermain di kepala .. tetapi benda yang paling berharga.. Air!! Dapat la orange blended dan blueberry blended. Nyaman tekak kami. Akhirnya, kami pulang..
Much love!! Wassalam..
4 comments:
Eh, mesti la ingat.. bln 5 ni kan byk ari2 special.. especially tanggal 1,16,19 & tarikh ari ibu hok b'tukar2 sokmo tiap2 tahun..hehe
Pastu, kesudahan citer nie, x beli2 hadiah ke yun???
hehehe.. betul tu atie. Hadiah beli jugak last nya.. beli kt KK Home. Cantik dan murah. (promote) PEACE!!
kah2..promot tu penting.. :)
hehehe.. mana tau boleh jadi promoter KK HOME dalam blog nih. ;D
Post a Comment