Asy
hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu
anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat
tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas
solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa
anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina
muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:
Aku menyaksikan
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang
menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu
hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu
yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku
menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun
dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah
junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat
Baginda.
Sabda
Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian
dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa
syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh,
Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin
(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi
bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah
aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah
aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka
untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya
dari mana dia suka.
(Hadis
Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih
Al-Nasai(148))
2 comments:
hi.. jom join segmen pka nak..??
http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html
terima kasih :)
thank my dear for inviting me. SB baru saja buka blog. tak ada rezeki nak join ya. Anyway, best of luck for the segmen. Salam Ukhwah. :)
Post a Comment