Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia
yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.
Pulau tersebut bakal dijual
pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).
Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata,
pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.
Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.
“Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia
termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat,” katanya semalam.
Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan
pihaknya memperoleh beberapa
pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.
Pulau itu dilengkapi dengan panel solar
dan generator berkuasa angin.
Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru
dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.
Pulau pertama itu akan siap dibina
dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.
Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia.
~ Sumber ~
2 comments:
cntik sangt
sekadar mampu melihat..hehe
Post a Comment