Tajuk wacana...
Meletops gitukan? hahehe..
Tajuk itu,
adalah simbolik bagi wacana kali ni.
Tiada apa-apa kaitan dengan penaja utama wacana ini.
Bro Wacana sudah berpunya ya! haha
Dah lama Yun tengok kawan-kawan blogger
sertai wacana ni.
Dalam hati nak ikut serta, tapi minda ligat memikirkan
perkongsian apa la yang nak diketengahkan kali ni.
Setiap kaum hawa..
lebih dikhususkan kepada anak gadis,
mempunyai impian juga harapan dalam
membina sebuah ikatan baru dalam kehidupan.
Bagi Yun,
perkahwinan adalah satu alam
yang memerlukan persedian dari segi
fizikal dan mental.
Apa yang perlu dalam wacana kali ini,
lebih bersifat fizikal.
Dari segi bentuk hantaran @ mahar.
Oleh kerana,
masih belum ada sesiapa yang bertakhta dihati
selain Allah dan kedua ibu bapa.
Oleh itu,
tidak jauh fikiran ini melayang akan hal begini.
Tidak Yun nafikan,
Yun juga punya impian.
Sama seperti anak gadis lain,
Yun tak meminta intan @ permata.
Cukup sekadar,
hantaran sebagai adat orang melayu.
Jika 7 dulang daripada pihak teruna,
maka 7 dulang juga daripada pihak Yun.
Duit hantaran,
atas perbincangan antara kami.
Ini atas kemampuan si Dia.
Yun pun, tak adalah nak demand kan.
Nak demand.. perlu tak?
Sebab,bila kita memilih seseorang,
jangan lupa.. si Dia pun sudah tentu
memilih yang terbaik.
memilih yang terbaik.
Bukan hanya sebagai isteri,
tetapi sebagai ibu kepada anak-anaknya kelak.
- sebaik-baik wanita adalah rendah maharnya-
Tema hantaran,
Yun suka warna putih & pink.
Putih membawa kesucian dalam perhubungan.
Merah pula semangat bersama dalam mengharungi
bantera kehidupan. InsyAllah.
Apa pun,
Yun tetap akan berbincang dengan si Dia. =)
- sekadar gambar hiasan -
Okeh, selesai sudah.. Much love! Wassalam.. ^_^
4 comments:
setiap gadis punya impian perkahwinan :)
FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
SAYA TAK SUKA PANGGILAN HANGIT!
SAYANGI VAGINA ANDA
yup! tenkiu dear. will visit u. ^_^
wah yun..kawin jgn lupa jemput..:)
@misz nuriz.. InsyAllah sayunk! ^___^
Post a Comment