Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan
yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah
disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan
mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak
kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam
kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada
bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan
mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia
membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan
kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu
dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan
- merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh
bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini
(Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa
berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa
dimanfaatkan.
Maka
bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang
mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam
menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini
kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
- Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
- Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
- Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
- Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala
- Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
- Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
- Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
- Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
- Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?
1 comment:
time ksh atas pkongsian bgune nih....slmt mnymbut Ramadan :)
Post a Comment