dikunjungi para syaitan dan dijauhi
para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit
kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh
Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat
satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah
gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir
kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam,
dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda:
“Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab
mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan
itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu
bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s.
telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala
memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan
oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang
sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu
bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu,
dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat
Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut
wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud,
berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar
untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak
begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.
Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus
berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah
kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al
Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis
pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah
tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah
SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik
pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita
sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh
khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku
, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak
khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak
puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada
empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang
kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala,
kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa
ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang
merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca
al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah
itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan
ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.
2 comments:
Perkongsian yang bermanfaat.. Sama2 kita memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami isinya.. InsyaAllah.. =)
nice shearing.. tmbh tambh lgi fi bulan ramadhan kan.. pahala dilipat gandakan..
Post a Comment