Pada
satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu,
beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.
Telatah
Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
- Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
- Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
- Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang."
Jawapan
Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut.
*Sebuah
kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat
diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini
diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd
masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes. sumber
2 comments:
yup...gune tgn utk mkn lbih nikmat merasa rezki dr Allah swt :)
betul tu...
Post a Comment