DO YOU LIKE MY BLOG?

Keberkesanan Setiausaha Pada Abad ke-21

Wah.. tajuk entry dah nampak seriusnya Yun.. hehehe. Sebenarnya, Yun nak kongsikan beberapa aspek yang perlu dititik beratkan oleh setiuasaha di luar sana. Ada beberapa panduan yang Yun perolehi daripada seminar baru-baru ni. 

Dalam mengecapi arus pemodenan dan perubahan abad milenium ini kerja yang mencabar tidak lekang daripada kita. Seseorang yang mempunyai karier sebagai seorang setiausaha atau karier selainnya, ada pelbagai perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah :-

Literasi Digital
  • Literasi Visual
  • Literasi Maklumat
  • Kesedaran Global
Pemikiran Kreatif
  •  Bertindak kendiri
  • Menyelesaikan masalah
  • Mampu memikir
Komunikasi Interaktif
  • Tanggungjawab Kendiri
  • Tanggungjawab Sosial
  • Tanggungjawab Bekerjasama
Ouput Berkualiti
  • Mengurus
  • Merancang
  • Melaksana
  • Perubahan keperluan pengguna
  • Perubahan rupa bentuk maklumat
  • Perubahan cara edaran

Betapa pentingnya, kita berubah dari tapak yang lama ke suatu tapak yang baru dan lebih berkesan. Jika dilihat pada kanak-kanak zaman milenium sekarang, mereka cenderung pada kecanggihan teknologi. Misalnya internet, game online, muzik online dan gambar 3D online. Golongan mereka ini dinamakan sebagai Digital Native. Di mana, mereka hidup di dalam zaman kecanggihan alam siber.










Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA