DO YOU LIKE MY BLOG?

Kedinginan Malam

Letih sungguh hari ni. Kerja banyak sangat ke? Tak banyak mana pun.. Bos pun ada separuh hari aje hari ni. Adakah hepi? hehe.. Biasa-biasa aje. Dah biasa kan. Apa-apa pn, wish luck for my bos. Its her AP interview. Hope God Bless u Dr Z. ^_^

Kerja kat ofis hari ni cm biasa.. cuma agak stress. Stress?? Ape plak la ya.. katanya bos tak ada. hehehe.. Bukannya Yun punya stress, tp my officemate punyerr.. Disebabkan pembangunan dan kecanggihan dunia IT yang makin memuncak.. Oleh itu, dengan segala hormatnya.. Diperkenalkan, sistem e-fast! Betul ntah ejaannya.. hahaha.. Ok2, sistem ni actually khas untuk urusan payment. Nak bukak Lo.. Po.. nk uruskan claim. Tu tak termasuk vot2 yang berlambak perlu dijaganya. huhuhu.. Tersangatlah kesian dengan situasinya.. Bukan ape, officemate Yun ni sorang aje la yang uruskan bahagian tu. Dahla pregnant.. tahu je la. Letih..Sakit pinggang..pening kepala. Tak termasuk lagi masalah birokrasi dan jugak nak melayan sapa-sapa yang datang ofis yang mempunyai 1001 macam soalan dan ragam So, bertambah2 la kepeningannya itu. huhu.. Tapi disebabkan ketahanan fizikal dan mental yang kuat, digagahinya jua. Al maklumlah.. dh kerja kan. I just wanna say, Yun respect dia. Cayalah akak!! hehe

Malam ni plak, abah, ma, yun keluar pergi hantar adik kemanjaanku ke tuisyen. Tuisyen tu dekat aje pun dengan rumah. Kalau jalan kaki, mau taknya 5 minit sampai. Tapi, yela kan.. zaman sekarang ni, memang tak boleh nk suruh dia jalan kaki sorang-sorang. Dah la perempuan.. malam-malam pulak tu. Sekarang ni, macam-macam kes yang boleh berlaku. Jadi 'sediakan payung sebelum hujan' tak gitu? hehehe.. Lepas tu, kami bertiga ( abah , ma n aku) had a dinner kat Restoran Mutiara Corner. 3 hidangan.. Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, dan Bihun Sup. nyum3..

Pukul 10, ingatkan dah boleh landingkan badan ini. Namun, ini bukan masanya.. Cari dulu baju warna pink @ purple. Esok Yun ada satu seminar sempena minggu setiausaha anjuran Persatuan Setiausaha Kampus Kesihatan. Baju dah digosok, boleh la melekat dekat sini. Oklah, sekarang dah pukul 12.13 am mata Yun pun dah bagi signal. Mencari-cari dimana bantal dan tilam empuk. hehe.. Apa-apa Yun update lagi. Selamat Malam, Wassalam.




Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA