DO YOU LIKE MY BLOG?

Mutiara Pagi





Selamat pagi! Korang semua dah breakfast? Yun baru je abis makan satu roti sardin. Alhamdulillah, tu rezeki aku pagi ni. Korang pulak macam mana.. Sebut pasal rezeki ni. Yun selalu ingat pesan arwah nenek.. Kita kena la bangun pagi. Lepas solat subuh, jangan nak tidur lagi tau. Orang yang dah bekerja, ke tempat kerja.. Student pulak, bangun pagi pergi kelas.. menuntut ilmu juga satu pencarian rezeki.

Selalu tak korang dengar.. Kalau tak bangun pagi, rezeki lari. Haa.. Betul ke lari? Macam mana boleh lari tu. Rezeki lari, memang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Ianya penuh tersirat. Sesuatu yang dijamin oleh Allah kepada seorang hamba adalah rezeki. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Sekecil mana pun rezeki itu, kita harus bersyukur kerana kita telah mendapat keredhaannya dan berhak mendapat rezeki itu. Misalnya, pagi ni. Yun masih hidup. Itu satu rezeki. Oleh itu, Yun bersyukur. Masih boleh melihat kedua ibu bapaku, adikku. Masih boleh bekerja, meneruskan pencarian rezeki. Tak lupa juga, roti yang ku makan tadi.. itu juga satu rezeki. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Allah yang melapangkan atau menyempitkan, meninggi atau merendahkan, memberi dan menahan rezeki seseorang itu. Dia mengayakan dan mencukupkan rezeki siapa saja yang dikehendakiNya dan Dia juga memiskinkan dan tidak memberi kecukupan rezeki siapa saja yang dikehendakiNya.

Ketaqwaan dalam harta, tidak lain adalah memberikan harta itu kepada hamba Allah yang berhak menerimanya. Dalam harta orang muslim itu terkandung hak orang dhua'fa. Semoga kita semua memperoleh rezeki yang halal pada hari ini. Amin.





Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA