DO YOU LIKE MY BLOG?

Keredhaan Cinta

Assalamualaikum.

Mood menulis sudah menjelma 
tatkala melihat writing contest 
Bro EQ

Nak Join? Boleh, deadline 25/11/2011


~ Jom Baca ~
Renungan matanya membuatkan aku semakin gelisah. Puas aku memandang skrin pembelajaran di hadapan. Agaknya penglihatanku kala ini sudah menembusi skrin tersebut. Aku hanya bersabar dan bertenang. Lagakku seharusnya seperti sedang memproses input yang sedang dipelajari. 
‘Ya Allah, Aisyah.. kau ni kenapa? Kalut semacam je. Tak tunggu aku pun. bebel Arina sahabatku ketika dia keluar mendapatkan aku di Taman Warisan. ‘Yelah kau ni, berjalan macam lari daripada hantu je. Haa.. atau kau memang nampak hantu tadi? Macam Hantu Motel atau Hantu Gigi dalam drama Astro tu? Hahaha..’ kedengaran ketawa Emma memecah sunyi. Aku hanya mampu tersenyum. 

Aku memandang ke luar jendela. Sekali lagi, aku diterjah oleh peristiwa dua minggu lepas ketika bercuti di kampung. ‘Mak, siapa yang nak datang hari ni?’ tanya adikku. Mak hanya tersenyum sambil membuat air milo panas. ‘ Betul cakap adik tu, siapa yang bertuah nak bertandang rumah kita hari ni ya dik. Banyak betul masakan mak tengah hari ni, ’aku mencelah dan menarik kerusi bersebelahan adik. Hidangan sudah tersedia, cuma menunggu kedatangan tetamu istimewa mak dan abah. Masih tertanya-tanya siapakah gerangannya. Aku hanya menunggu di dapur sambil berborak dengan adik kesayanganku itu. 

Aku tergamam. Semuanya sudah diatur. Melihat gambar itu bagaikan halilintar yang memanah hati. Aku redha dengan ketentuanNya. Cincin belah rotan itu aku terima dengan seikhlasnya umpama hati si pemberi. Ya, lelaki itu adalah Dr Farhan. Bukan orang lain, namun pensyarah fakultiku sendiri. Kali pertama berbicara bagaikan dia sudah menduga isi hati kecil ku ini. Takut? Ya, hubungan aku dan dia. Hubungan antara seorang Pensyarah dan Pelajar. Masih ku ingat kata-katanya. ‘Aisyah, ini sudah jodoh kita. Gelaran dan pangkat hanya pada nama, namun ikatan antara kita sudah tertulis sedari awal di Luh Mahfuz. InsyaAllah, semua berjalan lancar dengan redha Allah. Aku tersenyum dan mendoakan yang terbaik buat kami berdua. - WORDS : 295

- Sekian -

*wish me luck!*

p/s : SB tag Hamimi

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

6 comments:

Lily said...

Sweet lah ^^

Srikandi Bonda said...

Lily : Tq dear. :)

fRaMe+LenSeS said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

Srikandi Bonda said...

fRaMe+LenSeS : Tq Nadh. Sgt hargai.:)

AciDFlynNWraitH said...

Semoga berjaya, penulisan yang bagus

Srikandi Bonda said...

AciDFlynNWraith :Tq :)


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA