DO YOU LIKE MY BLOG?

Berfesyen tanpa meninggalkan hukum



Agak lama tidak membuat sebarang posting entry di sini..
Yun sibuk beberapa minggu ni dengan pelbagai urusan.
Alhamdulillah.. hari ni, ada peluang untuk bersama di sini.

Korang suka berfesyen? 
Terutamanya buat kaum hawa.. memang menyukai kecantikan.
Mengikuti perkembangan fesyen terkini.. mungkin adalah 
satu kewajipan bagi sesiapa sahaja yang suka bergaya.

Fesyen tudung di pasaran.. wahh! melambak-lambak..
Pelbagai trend sekarang ni.. pelbagai bentuk, corak, fabrik dan warna.
Ada yang mahal dan murah. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk 
sesiapa sahaja yang ingin bergaya. 


Fesyen Bertudung Muslimah


























Ini lah diantara fesyen bertudung yang ada.
Berfesyen itu tidak salah. Tetapi janganlah berfesyen hingga
meninggalkan hukum yang ada. Bertudung bukan hanya untuk
berfesyen semata namun bertudunglah untuk menutup aurat.
Semoga kita sama-sama melakukan yang terbaik buat diri, keluarga dan orang lain.

p/s : niat itu.. tidak semestinya menghalalkan cara. PEACE!

Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

asleenda simple mimple giveaway





p/s : bosan lerr... semua orang bercuti, Yun je tak. huk3.. PEACE!

Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jom pakai Masker!



Dah 2 hari ..
Yun xpost satu entry pun kat blog.
Agak sedih, tapi nak buat macam mana..
Yun punya kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

 But .. now, here i come!! 

 Malam ni, Yun nak ajak semua pakai masker..
Masker? Korang suka pakai masker tak?
Kebanyakannya perempuan la kan..

Lelaki pun ada yang pakai okeh.. 
Bukan tak macho.. tapi menjaga kulit muka agar bersih sentiasa.
Bukan kaum hawa saja yang perlu kelihatan bersih..
Lelaki pun sama ya. PEACE!

Korang biasanya suka pakai masker apa?
Banyak jenama masker kat pasaran sekarang ni..
Samada masker itu dibeli atau homemade ..
Yang penting, masker tu sesuai dengan kulit ya.

 Yun pakai masker daripada Mary Kay..
Masker ni memang specially made untuk
yang kulit berminyak.. hehe

Masker ni, biasanya kita pakai dalam 10- 15 minit.
Yun pakai masker 1x seminggu saja.
Tapi ianya bergantung masker dan kulit muka anda..




Nak kerja esok.. muka mesti berseri dan ceria..
Nanti, barulah senang hati tetamu ku datang.. hehee..

~ Sekian ~

Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


Hari ini kesibukan Yun + + = busy! sebab ada 2 bos.. huhu
Sebelum hari ini berakhir.. Yun tak nak ianya berlalu tanpa sebarang entry.

Okeh! tak nak banyak citer.. jom join segmen!!




Sapa-sapa yang punya follower kurang 1 ribu..

sila JOIN!

 p/s : malam ni, harus tidur awal.. esok kelas dah start! aiyarkk.. 

 Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Hargai & Bersyukurlah


Alhamdulillah.. Kesihatan beransur baik.
Terima kasih buat sahabat yang mendoakan Yun.
i sayang u lebih la..!! 

 Korang ada baca .. terdengar.. di beritahu
tentang pembekuan pengambilan 
pekerja bagi setiap kekosongan jawatan??
Jika belum tahu.. korang boleh baca 
di blog Bro Wacana, di SINI

Ada yang terkejut? Ada yang frust..?
Sabar.. InsyAllah, moga ianya hanya sementara waktu.
Walaupun, Yun kurang sihat..
Terpanggil jugak untuk post entry ni buat sahabat tersayang.

 Kita tahu, sekarang masih ramai di kalangan
remaja kita yang masih menganggur. 
Walaupun, mereka mempunyai ijazah daripada universiti.

KENAPA

 Kenapa ini boleh berlaku?
Adakah.. pointer tidak hebat?
Adakah.. kurang keyakinan diri?
Adakah.. tersalah memilih bidang pengajian?

 Rezeki.. Ya, ini juga boleh dianggap rezeki.
Ada yang pointer yang rendah.. terlebih dahulu mendapat pekerjaan..
sedangkan.. rakan-rakan yang selalu mendapat anugerah dekan..
tertinggal jauh di belakang, apabila bercakap mengenai pekerjaan.

 Adakah anda sudah mempunyai KERJA?


Alhamdulillah.. syukur atas rezeki itu.
Hargailah pekerjaan anda sebaik mungkin.
Jika anda punya stress di tempat kerja..
bersabarlah.. cari penyelesaian yang terbaik.
Bayangkan insan-insan yang menganggur di luar sana..
yang tidak dapat pun mengalami stress seperti anda..

Oleh itu.. bersyukurlah.

 Apabila melihat tapisan pemohon untuk 
dibuat shortlisted dalam setiap permohonan..
Bayangkan.. kekosongan tempat.. hanya satu.
Kami perlu shortlisted hanya enam orang untuk ditemuduga.
Sedangkan.. senarai pemohon.. seramai 750 orang.
Bayangkan.. di mana mereka ini perlu kita tempatkan.
 Oleh itu.. bersyukurlah..




kerana anda mempunyai PEKERJAAN



p/s : selamat beramal.. Much Love! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jika Itu C.I.N.T.A



Setiap satu daripada kita..
Punya perasan untuk dikasihi, dan disayangi..

 Apa pendapat korang tentang CINTA?
CINTA.. itu adalah universal..

  

CINTA kepada Allah s.w.t     CINTA kepada Rasulullah s.a.w

 CINTA kepada Ibu Bapa    CINTA kepada Adik beradik

CINTA kepada saudara mara    CINTA kepada jiran tetangga

CINTA kepada Suami   CINTA kepada Isteri

CINTA kepada Anak       CINTA kepada sahabat

CINTA kepada Haiwan          CINTA kepada Alam


 Banyak istilah kepada pengertian CINTA bukan?
Adakah kita menghayati setiap daripada rasa CINTA itu?





 KOMITMEN

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. 
Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

 NALURI

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". 
Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

 FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian.
Allah ciptakan Hawa sebagai peneman.
Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia.
Yang perempuan minat pada seorang lelaki. 
Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

 PUNCAK

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. 
Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. 
Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan

 ALTRUISTIC

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. 
Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. 
Makna hidup pada memberi.
Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, 
maka kita akan usahakan yang terbaik 
untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. 
Bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

 p/s : tak dapat nak post banyak entry sb kesihatan tdk mngizinkan.. doakan Yun cepat sihat. Tq

 Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA