DO YOU LIKE MY BLOG?

Doa Serta Azam Tahun Baru



Assalamualaikum

Hari ni tanggal 31 Disember 2012..
Last day untuk tahun 2012..
Penutup Tirai bagi semua kisah 
suka dan duka..

Jika ada kisah suka dan duka
pada tahun 2012..
Biarkan ianya sebagai memori.
Kisah suka jadikan kenangan terindah,
kisah duka jadikan pengajaran serta iktibar.

Setiap daripada peristiwa suka dan duka,
setiap insan yang silih berganti..
ucapkanlah alhamdulillah..
kerana setiap daripadanya..
mengajar kita erti sebuah kehidupan.
 Supaya kita lebih bersyukur dan menghargai
diri dan orang tersayang.
 
Selamat Tinggal 2012..
Selamat Datang 2013..

Semoga tahun 2013
membawa lebih banyak perubahan yang positif
buat diri ini dan juga diri kalian.
 
Berubahlah untuk kebaikan..
Berbaktilah dengan penuh keikhlasan..
Nescaya, ganjaran daripada Allah itu..
Dalam pelbagai rupa dan bentuk..
In Sya Allah.
 
 
 
 
p/s : jom muhasabah diri dan 'do the best for a better life'! ^__^

 
 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Riang Ria Dulu Kala


Riang Ria Dulu Kala 
 
1) buka kipas..bercakap depan kipas..suara bertukar...bangganya..siap nyanyi lagi..

2) buka peti ais..pastu buat eksperimen..tutup pelan pelan..nak tgk lampu dlm tu terpadam ..

3) naik kereta waktu malam..tengok bulan..pastu ingat bulan ikut kita .

4) nampak helikopter @ kapal terbang..siap lambai..beranggapan org tu nampak kita.

5) naik basikal..dapat lepas 2,2 tangan..rasa mcm dah pro.

6)bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah confirm,burung bentuk M mmg dah wajib.

7) klu lori@van milo datang kat sekolah..happy sangat..dapat minum free.

8) waktu rehat kat skola rendah/menengah ,,suka lepak tepi longkang ..
- sumber-

Tipulah kalau kamu semua tak pernah buat semua nie , ataupun salah satu darinya .. ^^v


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kereta Wanita



Assalamualaikum.

Agak lama tak update blog..
tapi hari ni nak jugak update.. 

Entry kali ni..
Special buat kaum hawa ya.
Yes.. wanita.

Kenapa wanita dan kereta?
Just nak share sesuatu yang important ya.
Untuk peringatan kepada diri sendiri jugak.
Sebagai makhluk Allah yang bernama wanita,
kita semua tak lepas daripada sukakan benda yang cantik.
Kalau boleh semua nak senada ajekan. 
Kalau boleh semua nak  warna Pink (lelaki agak 'anti') 
tapi ada jugak wanita yang kental suka warna Hitam!
Nampak eksklusif katanya bedah.. hehe

Sapa suka Teddy bear? Bunga? Haa..
Ni semua kesukaan kaum hawa la.
Bukan la niat di hati cakap tak boleh untuk ada ni semua.
.
tapi perlu la kena pada tempatnya ya.

Kalau boleh.. elakkan letak semua barangan ni dalam kereta.
Haa.. ada yang menggerutu dan kumat kamit...
'Apesal pulak tak boleh... berdosa? Haram? Jenayah?'
Tidak sama sama sekali.

Tetapi.. anda telah mendedahkan diri anda sebagai mangsa
kepada penjenayah yang durjana di luar sana.. 
Haaa.. takut tak?? hmm..
Macam yang kita semua tahu, sekarang banyak

betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan,

bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak

sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa

mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.


Oleh itu jangan terlalu menghias kereta

yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan

wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan

bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar

"mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta

wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang

menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka

bersembunyi dicelah kereta, terutamanya

dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.

Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka

menghias kereta dengan anak patung nih.



Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati

penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa

minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara

mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,

ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.



Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik. 

p/s : jom double check kereta sekarang!! ^___^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

I'M COMING HOME



Assalamualaikum w.b.t.

Cukup rasa lamanya SB tidak menjenguk 
blog tersayang & bertanya khabar sahabat bloggers.

Hope all of u doing well yaa.
Just a simple entry for my blog
after 2 months away..

Kesibukan seharian sebagai
seorang anak, pekerja, pelajar,
tak lupa mengabdikan diri pada 
Yang Maha Esa.

Keep remind myself that
i have my own blog to manage well.
InsyAllah, gonna comes with the new n fresh entry.

Keep in touch!!


LOVE & FAITH

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Hello Bro! Tolong Masak



Assalamualaikum.


Anyone yang ada astro kat rumah, if tak pernah tengok full pun,
at least, mesti pernah tersilau tengok iklan program ni.

Hello Bro! Tolong Masak a new cooking show exclusive from Astro.

Now, petang-petang.. SB akan tercongok depan tv
untuk tengok 3 jejaka ni memasak. Sambil-sambil tunggu 
masa untuk hidangkan lauk pauk berbuka puasa, jom kita
ambik resipi diaorang. hehehe



Who? hehehe..
They are Nik Micheal, Fikri and Zamir. Both Nik and Zamir ni from 
Program Masterchef Season 1.Fikri.. i don't have any idea..
Ada sape-sape tahu x? Do tell me. 

Program masakan  ke udara selama 30 minit.
Ianya bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 6.30 petang di channel Astro Ria.
Selain chef-chef yang gentleman ni dalam setiap episod,
seorang artis turut diundang untuk memasak.

Then, masakan ini akan di servekan kepada customer
 ( kebanyakan selebriti Astro)
dan diorang akan komen masakan serta memberi sedikit sumbangan
kepada insan-insan yang memerlukan.

Apa yang pasti, program ini memberi satu perubahan
disambil membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan
dan Syawal yang bakal menjelma.

p/s : suka tengok Fikri dan Dato' Fazley masak.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Pramugari Vs Ulama



 
Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki , seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulama: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Cara Wahyu Diturunkan Kepada Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a: Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah SWT diturunkan kepada mu?” Rasulullah SAW menjawab:” Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari ber...bagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian suara (loceng) itu menghilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemui ku dalam keadaan wujud seorang lelaki dan berbicara kepada ku dan aku mengingati apa yang ia katakan. Aisyah r.a menambah: “ Ketika nabi SAW sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah SWT.”

 
juga melalui cara di bawah ini:

1]Wahyu yang diturunkan adalah berupa mimpi yang baik

2]Pengetahuan yang diletakkan oleh Allah ataupun Malaikat Jibrail dalam hati nabi tanpa bersuara.
3]Malaikat Jibrail datang kepada nabi dengan menjelma rupa seorang lelaki

4]Datangnya kepada nabi berupa semacam bunyi loceng

5]Bunyi seperti suara lebah

6]Malaikat Jibrail datang kepada nabi dalam bentuknya yag asli

7]Allah berkata-kata secara langsung dengan nabi



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kelebihan Membaca Al-Quran



 
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran
dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
 
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
 
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
 
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
 
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
 
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Sapa Nak Jadi Gebu-Gebu Di Hari Raya??


Assalamualaikum.

Pada hari ke-4 kita berpuasa, SB nak kongsi sesuatu dengan semua sahabat yang dikasihi. Cuba hayati tajuk entry ini.. Agak-agak korang apa ya?  hehehe.. ^__^

Okey, this time.. SB nak kenalkan kat korang produk Miracle Tab! These awesome products totally make my day brighter! hahaha.. *gelak nada gembira* Orang selalu cakap, sharing is caring.. So, SB yang sememangnya sangat caring kepada korang tak nak lah guna dan gebu sorang-sorang  bila guna these awesome product.

My experience --- kulit SB ni sensetif.. Sangat sensetif! As i remembered, pertengahan tahun 2010 kulit muka SB sangat berminyak.. (boleh wat goreng cekodok), berjerawat, kusam  n bla.. bla.. bla.. Then, bila dah ramai sangat yang tegur pasal kulit muka, termasuk my big boss.. Okey! i've decided to go to clinic. 
Nak tahu apa yang doktor pakar kulit cakap?? " Haa, ni guna produk apa pulak? Macam ni la, budak-budak zaman sekarang, asal cantik aje model dalam iklan, terus pergi beli dan guna. Kalau macam tu saya pun nak buat produk laa.. guna t--- lembu dan letak nama Paris Hilton, sah-sah esok saya jadi Jutawan!" tak sempat SB berkata-kata.. SB terkedu dan malu. Lastly, doktor bagi ubat yang sepatutnya. Then, doktor suggest untuk cari produk yang berkualiti dan guna mineral base. Doktor jugak bagitahu kulit SB ni kategori combination skin. SB memang tak boleh nak gatal-gatal guna sebarang produk. Oh! Baiklah.. ^_^

So, tak boleh la nak chill-chill aje nak try sebarang produk kecantikan. Kadang-kadang jealous aje ngan sape-sape yang punya kulit yang halus-mulus.. Astagfirullah.. SB tak baik dengki! Okey2, SB insaf. Then, Allah yang Maha Kaya.. bagi SB peluang menemui produk ini.. Alhamdulillah, untill now dah setahun guna produk ni.

Lets check out these awesome products!


Tab Soap



HD Glow Essence




Radiance Active



p/s : nantikan testimoni daripada
 SB & pengguna Miracle Tab yang lain! ^__^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

4 Golongan Yang Dirindui Syurga


Assalamualaikum.

SB ingin kongsikan 4 golongan yang dirindui Syurga


1. Orang yang sentiasa membaca Al-Qur'an.
 Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini kerana sejak di dunia lagi mereka sudah diberikan oleh Allah dengan ketenangan batin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.

2. Orang yang menjaga Lidah.
 Memang lidah tidak bertulang tapi ia lebih tajam daripada sebilah pedang, impaknya akan mengakibatkan peperangan antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa. Impak negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa menjadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdoa.

3. Orang yang memberi makan kepada orang yang kelaparan
Sungguh, Allah Yang Maha berterima kasih (Syukur) akan membalas sekecil apapun kebaikan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga. Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, nescaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhirat nanti. Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, nescaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti. Bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahawa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.

4. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan.
Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, dan keampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan solat, qiro'at dan kholwat serta ibadah apapun dengan hanya mengharap redha-Nya.

Bila empat amal ini kita lakukan,
 nampaknya wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita. 
Wallahualam.

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa



Ø      Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu



Ø      Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah



Ø      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)       gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Ø      Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø      Hari-hari sunat puasa:
a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)      6 hari pada bulan Syawal
e)      Hari Isnin dan Khamis

Ø      Hari-hari diharamkan puasa:
a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Salam Ramadhan ~ SB



Salam Ramadhan buat semua sahabat bloggers. 
Semoga puasa kali ini lebih memberi rahmat buat kita semua. 

p/s : grab dis time untuk melakukakan ibadah. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Info - Keburukan Makan Dengan Sudu!





 Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"
 
 
 
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
  1. Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
  2. Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
  3. Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang." 
 Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.


*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes. sumber
 



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

PM Pelawa Kemuka Idea - Bajet 2013





Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
mempelawa rakyat Malaysia menyumbang
idea, berkongsi cadangan dan pendapat
mengenai Bajet 2013 secara online
sehingga 29 Julai 2012.

Platform ini adalah peluang
bagi semua rakyat Malaysia 
mengemukakan idea dan input
mereka untuk pertimbangan
Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat
dengan klik bahagian yang disediakan 
pada entri terbaru blog beliau

Bajet 2013 akan di bentangkan di Parlimen
pada 28 September 2012.

p/s : SB rasa ini adalah satu platform yang terbaik untuk semua rakyat menyuarakan pendapatdan idea untuk penambahbaikan Bajet 2013.

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru Vs Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan selamat pagi!


SB harap semuanya sihat dan ceria disamping
family dan yang tersayang.

Okey, pagi ni..
SB nak citer pasal event semalam.

Semalam SB bersama both my parents ke Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru
Parlimen Kota Bharu 2012. oth my parents are teachers.. So, SB selaku wakil ahli keluarga
ikut serta. hehe..

Dis big events di anBjurkan secara besar-besaran oleh
YBhg. Dato Mohd Fatmi Haji Che Salleh dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Jamuan Perdana ini diadakan untuk meraikan semua guru-guru Parlimen Kota Bharu yang 
telah memberikan sumbangan yang tidak berbelah bagi kepada semua anak-anak didiknya.

Apa yang paling SB atau semua orang excited... kemunculan diva nombor satu negara
Dato' Siti Nurhaliza. Dato' Siti Nurhaliza sudi untuk turut serta dalam majlis ini kerana ingin sama-sama meraikan warga guru. Terima kasih Dato Ct! ^^

First time meet her.. face to face. She's so adorable.. She's in red.. Woww.. She is oH beautiful!
Dato' Siti Nurhaliza mendendangkan 4 buah lagu.. Lagu Cindai, Widuri, Biarlah Rahsia dan Joget Kelate.
Dato' Siti juga sangat teruja sebab dia jumpa bekas cikgu yang pernah mengajar beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford katanya. Dato' Siti sempat berpesan kepada para pelajar.. Tak kira setinggi mana kejayaan yang kita capai, jangan pernah lupakan jasa guru. Bagi dirinya, dia juga bertapak hasil didikan seorang cekgu.

Jom kita layan beberapa keping gambar sempena event semalam..


- ucapan YBhg. Dato Fatmi Hj Che Salleh -
 
 
- Dato' Siti Nurhaliza bersama VIP -


- close up pic Dato' Ct -


- Persembahan tarian oleh pelajar SMIP -


- Dato' Siti berduet lagu Widuri bersama 2 orang Guru -




p/s : Selamat Hari Guru buat semua cekgu-cekgu SB. 
Semoga Allah merahmati cekgu dunia & akhirat. Amin

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday - Do let your cats healthier!





(^_^)''

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wishlist ~ Kawaii!






 - FUJI FILM INSTAX MINI 7 -




 - SONY NEX 5N -





 - PENTAX PINK DSLR -



 - NIKON J1-


p/s : present for upcoming besday? muahaha.. ^^/

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Checklist Persediaan Menghadapi RAMADHAN






Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan - merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA