DO YOU LIKE MY BLOG?

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012



Assalamualaikum.

Malam ni, rezeki SB untuk join segmen abg ben ashaari.




SB akan follow blog yang letak 
Blog Srikandi Bonda as their bloglist ya. 

of automatically, blog itu akan berada dalam bloglist SB
start skrg hingga end of April 2012.

SB akan follow korang punya bloglist,
as soon as possible ya. 

Bukan setakat friendship in dis bloglist ya..
hope sampai bila-bila. 

Salam Ukhwah dari Srikandi Bonda! ^^


p/s : sesapa nk join dis bloglist.. do click HERE

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis



Assalamualaikum.


Hari ni, SB nak join 
Contest..



untuk join dis contest.. korang klik SINI

Follower ID : Srikandi Bonda @ SB

p/s : almost DONE! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday







^_____^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Tips Merancang Perbelanjaan


Assalamualaikum. 

Hari ni, SB nak share tentang 
tips/ langkah merancang perbelanjaan.





Dalam menguruskan kewangan, perancangan pembelanjaan secara bijak penting, tidak kira anda berpandapatan besar atau kecil. jika salah percaturan anda mungkin melakukan kesilapan seperti terlalu banyak berhutang, lewat membayar bil dan tidak mempunyai simpanan untuk masa depan. Kesilapan seumpama ini boleh di elakkan dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Dengan harga barang, minyak yang meningkat, dan membebankan anda. Rancang perbelanjaan yang bijak.

1. Tentukan matlamat kewangan.
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Dengan penetapan matlamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebanar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak.Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. rancang apa yang ingin anda lakukan sama ada.
Membeli rumah atau kereta
membina keluarga
Menabung untuk pendidikan anak
Menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara.


2. Jejaki aliran keluar wang anda 
Selepas matlamat kewangan ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang yang diinginkan mudah tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini anda boleh mengetahui.
bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda?
berapa jumlah hutang anda pasa setiap bulan?
Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?
berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan?


3. Nilai Tabiat berbelanja anda
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat berbelanja anda. teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi kehendak anda sahaja. awasi sama ada anda.
Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
Hutang lebih besar dari pendapatan bulanan
Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama anada mampu atau tidak.
Mengeluarkan wang simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak.


4. Tulis rancangan perbelanjaan anda. 
Pelan perbelanjaan mampu membantu anda dalam merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan kemana wang anda dibelanjakan. Seterusnya mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:-
Tentukan jumlah pendapatn bulanan anda.
Pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
Asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain. 



p/s : hope tips ni blh membantu korang ya. ^^   

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

- S I A P A K A H - K I T A -






I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

... I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA???
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, “ Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG KAYA???
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN???
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG RUGI???
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG CANTIK???
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG LUAS???
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang..

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH SEMPIT LAGI DIHIMPIT???
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL???
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

I ♥ الله - SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT???
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan ilmu begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain...
 
p/s :
 selagi Allah masih meminjamkan kita nyawa,
 setiap nafas amat berharga.pilihla yang terbaik. :)

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

First Ever Bloglist


 Assalamualaikum..

SB nak join Bidadari punya bloglist.. 
Comei betul banner dia kan? ^^



 Puteri


Review : simple blog.. SB suka background yg soft baby blue colour wif snow.. keep it up my dear! ^^

adik Yana a.k.a Bidadari said there are no la push for tagging. so, should i say.. 
sharing is love??  ^^

 p/s : jom join & support my dear Bidadari.. klik SINI


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Selamat Pengantin Baru ^^


Assalamualaikum..


SB nak ucapkan 
Selamat Pengantin Baru 

kepada 

 si cute miut
Ana Raffali



dan juga darling of media
Lisa Surihani



Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa
dan Semoga menjamin cinta hingga ke Syurga dengan bimbingan insan bergelar suami. InsyaAllah. Amin.



p/s : doakan giliran SB pulak la ya.. :)

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

10 tanda awal penyakit yang perlu anda beri perhatian






Berat badan turun secara tiba-tiba- Mungkin sesetengah orang akan gembira sekiranya berat badan mereka turun tanpa mereka sendiri usahakan. Namun, pada kenyataannya ia adalah petunjuk terhadap masalah kesihatan. Sekiranya berat badan anda turun sebanyak 10 peratus daripada berat asal secara tiba-tiba pada 6 bulan yang sebelumnya, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor. Penurunan berat badan secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya tiroid terlalu aktif (hyperthyroidism), tekanan, penyakit hati, kanser, atau gangguan terhadap tubuh anda untuk menyerap nutrisi.
 
Demam panas- Ketika anda demam, ia bermakna tubuh anda sedang cuba untuk melawan jangkitan virus atau bakteria jahat. Demam biasa kebiasaannya pada sekitar lebih 38.9 C. Sekiranya demam anda telah melebihi 3 hari, anda perlu pergi berjumpa doktor. Demikian pula sekiranya anda mengalami demam panas melebihi daripada 40 C, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Demam panas berkemungkinan menunjukkan bahawa anda telah menghidap jangkitan kuman pada saluran air kencing, denggi atau sebagainya.

Sesak nafas- Sekiranya sesak nafas berpunca selain daripada hidung tersumbat, ia adalah satu isyarat yang menunjukkan masalah kesihatan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk bernafas, termengah-mengah atau tercungap-cungap, anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Berasa sesak nafas ketika anda berbaring juga samaada teruk atau tidak perlu diberi perhatian yang serius. Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja.

Perubahan ketika membuang air besar- Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan normal ketika membuang air besar. Ianya berbeza-beza mengikut individu dan sekiranya mereka membuang air besar antara 3 kali sehari ke 3 kali seminggu ia masih dianggap normal. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mengesan perubahan seperti najis keluar beserta dengan darah, sembelit yang lebih daripada 3 minggu, anda perlu memaksa untuk membuang air besar, najis anda berwarna hitam dan segala perubahan lain. Pada kebiasaannya perubahan yang berlaku mungkin isyarat jangkitan bakteria seperti campylobacter ,salmonella,jangkitan virus atau parasit. Antara penyebab yang lain juga adalah penyakit radang usus atau kanser usus besar.

Igauan- Ianya adalah kebingungan parah yang berlaku secara tiba-tiba dan perubahan yang cepat dalam keadaan mental. Teman dekat atau ahli keluarga adalah orang yang paling awal sekali untuk mengesan pengidap penyakit ini. Antara tanda-tanda penyakit mental ini adalah secara tiba-tiba anda menjadi konfius, kecelaruan(konfius terhadap tempat dan masa), tiba-tiba keperibadian atau perilaku berubah seperti menjadi agresif, tiba-tiba masalah untuk memberikan penumpuanun, atau memori, dan sebagainya. Perubahan perilaku atau pemikiran mungkin berpunca daripada pelbagai masalah antaranya termasuk jangkitan, anemia, gula darah rendah, masalah jiwa atau ubat-ubatan, terutama yang anda baru sahaja mula mengambilnya.

Sakit kepala secara tiba-tiba- Sakit kepala yang biasa pada kebiasaannya tidaklah terlalu serius, tetapi ia akan menjadi serius sekiranya kesakitan yang dialami terlalu sakit sehingga di luar kawalan anda. Anda perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya anda mengalami sakit kepala disertai dengan demam, leher kaku, ruam, kebingungan atau kejang, Sakit kepala berpola baru dari selepas usia 55, dan apa-apa sahaja yang anda rasakan di luar pada kebiasaan. Tanda sakit kepala mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai arteritis temporal, peradangan pembuluh darah di otak, kulit kepala dan mata. Punca lain yang berkemungkinan menyebabkan sakit kepala yang teruk adalah termasuk tumor otak atau aneurisma.

Tiba-tiba badan anda menjadi lemah, penglihatan menjadi pudar, atau menghadapi kesukaran untuk bercakap-  Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti yang dinyatakan untuk beberapa minit, ia adalah peringatan awal tanda-tanda stroke atau serangan iskemik transient (TIA), kadang-kadang disebut sebagai ministroke. Cari rawatan kecemasan perubatan jika anda mengalami kelemahan atau mati rasa pada satu sisi tubuh secara tiba-tiba, keremangan mendadak, kabur atau kehilangan penglihatan, tidak mampu untuk bercakap atau memahami percakapan orang lain, berasa pening, tidak dapat dapat berdiri dengan kukuh atau tiba-tiba jatuh,sakit kepala yang teramat sangat atau sebagainya.

Silauan cahaya- Sekiranya anda tiba-tiba melihat sebuah lampu berkelip-kelip walaupun pada realitinya tidak, ia mungkin menunjukkan masalah terhadap retina anda. Rawatan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan kekal.

Cepat berasa kenyang walaupun makan hanya sedikit- Ini kadang-kadang merupakan satu perkara normal, tetapi sekiranya masalah ini berlaku selama lebih daripada satu minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Ini mungkin disertai dengan tanda  lain seperti mual, muntah-muntah, kembung, demam, dan kehilangan berat badan. Kemungkinan punca kenyang awal termasuk rasa mulas dan masalah terhadap sistem perkumuhan, atau masalah yang lebih serius seperti obstruksi perut,kanser kerongkong atau masalah perut.

Sendi membengkak, kemerahan atau berasa panas- Jika salah satu sendi membengkak atau meradang, mungkin ia sebagai isyarat jangkitan sendi, yang memerlukan rawatan kecemasan. Punca lain mungkin termasuk gout atau beberapa jenis arthritis.



p/s : mula berjumpa dengan doktor di klinik & hospital yang berdekatan dengan anda.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Segmen I Love Blogging

Assalamualaikum.

SB still in da mood for segmen.. so, now

SB join segmen drpd Sha!



Sha,
Done untuk syarat 1, 2, 3, 4  ^^


Nama Panggilan Anda : SB 

URL belog : http://diarihatimuslimah.blogspot.com

Negeri Kelahiran : Kelantan


Warna Kesukaan : Putih, Pink & Purple

SB nak tag...



p/s : jom join.. mana tahu, rezeki korang dpt header baru. :)

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD

Assalamualaikum..

SB join segmen Doc. Muda Vs Ustaz Rock.. ^^



SB tertarik dengan banner yang sweet kt atas.. 
Comei sangat tau.. he3

Sistem Grouping

SB setuju dengan cadangan ni. Mayb about 50, dah ok. 
Ngam-ngam untuk di follow.. hehe
Al maklum la.. 
takut tak sempat @ lewat utk memfollow nt. 

SB nak tag..



p/s : nak join? ok.. SB bagi korang klik SINI


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

AL - FATIHAH

Assalamualaikum..



Pagi ni sama-sama kita sedekahkan 
bacaan Surah Al-Fatihah buat allahyarham adik Faris
Semoga Syurga tempatnya.


 Amin.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui kisahnya,
sila ke blog INI


p/s : DariNya kita datang, PadaNya jua kita kembali.

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah


Assalamualaikum.. hari ni,
 special day start wif dis sweet giveaway ^^



u all nk join? ---- SINI

SB teruja tgk snow around u dear... ur red headfon *pls sound like korean people* kawaii..! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Saya Join, Pasti Dapat Doodle


Assalamulaikum.. Malam ni SB join segmen lagi! ^^


klik

Nama Panggilan Anda : SB
URL belog : http://diarihatimuslimah.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Kelantan
Warna Kesukaan : Purple + Pink

SB tag...

amalina ; ChybeeLila ; Nad


p/s : kawaaii doodle!! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Fadhilat Membaca Surah Al-Mulk


SURAH Al Mulk (bererti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)



Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Segmen : Tambah Follower Sampai Pengsan


Assalamualaikum. Entry kali ni, SB join segmen lagi... ^^




sape-sape yang nak join, just click here

p/s : hope SB pengsan bila dpt ++ follower.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

BLOGLIST PUTERI KASIH


Assalamualaikum semua.. SB nak join bloglist!

join! 

SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH



p/s : nak join? just click kt bwh banner ok.. ^^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Bukan Sehari.. Tapi Setiap Masa




Assalamualaikum.. 

 Entry pendek je.. pendapat SB untuk hari ini.




p/s : kasih sayang pun ada musim, kesian betul. Jangan tiru ok! 
Setiap hari kita perlu ada sifat kasih sayang.. 
Semakin Hari Semakin Sayang! ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!


Assalamualaikum..

Hari ni, SB jumpa satu blog yang sangat sweet..
SB sangat suka dengan isi dan penyampaiannya..

So, SB pun berkobar2 nak sertai...

 


RASULULLAH SAW bersabda : 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat'




Kalau boleh, SB harap semua blogger Muslim berminat menyertai kempen sebegini.



p/s : Thanks my dear organizer for making a good campaign.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday











Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Selamat Menyambut Maulidul Rasul




KHUTBAH TERKAHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah
 
Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.


Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.


"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."


Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.


1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).


2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.


3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).


4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.


6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.


7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.


8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.


9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.


10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.


11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.
 
 
Sempena sambutan Maulidur Rasul,mari kita sama-sama kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan ya. Peringatan ini untuk diri sendiri juga.Semoga kita tidak terpesong jauh dari aqidah sebenar.  Seterusnya mari kita mantapkan akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikan solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikan zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.InsyAllah.
 
 
p/s : SB sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Suhaib Webb bertajuk 'Muhammad The Idol' sangat menyentuh jiwa. InsyAllah, tunggukan review drpd SB. 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2012/2013



Assalamualaikum..

Entry kali ni, SB just nak sharing 
pada adik-adik yang dah apply matrikulasi 2012/2013
 jom baca...



Pemohon-pemohon yang telah mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi Ambilan 2012/2013 diminta menyemak dan mengemaskini maklumat tambahan borang permohonan melalui Aplikasi Semakan Permohonan secara online. Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.

Kemaskini boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/bmkpm/. Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM sahaja.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Bagi yang belum mengemukakan permohonan dan masih berminat untuk mengikuti program berkenaan, sila rujuk Tarikh-tarikh Penting Permohonan IPTA 2012/2013.


p/s : jangan terlepas tarikh ini ya! SB doakan kejayaan kalian.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

ASTRO Contest!

Assalamualaikum.

 Pagi ni, SB godek-godek internet..
know wat? i found one contest.. 
Jadi SB nk kongsi sesama..
 ASTRO Contest

 Which is started from
5 Dec 2011 to 29 Feb 2012

So, u got about 3 weeks to join!
 So, sape yang ada ASTRO kat rumah
u all just..
  •  upgrade to Astro B.yond HD, Recording Service or IPTV                                                                  
            ** dah upgrade? good job my dear! ^^

  •  then, u all need to answer 3 simple questions & lengkapkan slogan which is... 
           **  Astro B.yond is awesome because -------------------------------------
           ( 30 words or less )
* okei.. i know2, bukan contest cerpen .. woot2!
  •  stand a chance to win..
           **  Grand Prize x 2:
                 Proton Exora MPVs

           **  Special Prize x 10:
                 A Set of Samsung Products - 46" LED TV Home Theatre System,
                 Smartphone and Tablet

           **  Monthly Prize x 10:
                OSIM Massage Chair
 
           ** dah klik? belum?? cepat2.. ^^

   Best kan... Jom join!
Mana tahu, one of the prize rezeki korang.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA