DO YOU LIKE MY BLOG?

Pulau Buatan Manusia



 
Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia
 yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.
Pulau tersebut bakal dijual 
pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).

Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, 
pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.
Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.
“Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia 
termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat,” katanya semalam.

Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan 
pihaknya memperoleh beberapa 
pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.
Pulau itu dilengkapi dengan panel solar 
dan generator berkuasa angin.

Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru
 dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.
Pulau pertama itu akan siap dibina
 dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.
Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia.
 
 
Sumber ~
 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday









 p/s : most adorable superhero!! ^___^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kelebihan Malam Pengampunan, Nisfu Syaaban


Assalamualaikum.

Bergenang airmataku bila mendengar tazkirah seorang ustaz. Mengenai
Nisfu Syaaban dan menyedarkanku yang kadangkala terlampau sibuk berurusan tentang hal-hal duniawi. Dan tanpa disedari, bulan Syaaban terus berlalu dan Ramadhan pula kian menghampiri tetapi belum pasti samada diriku atau kita semua mampu bertemu dengan Bulan Yang Mulia kali ini.

Syaaban
merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.   

Dan pada
15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a: 
 
“Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.

Nisfu Syaaban
juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib,  
(15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1)  Memperbanyakkan puasa sunat.  

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  

“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.

 
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 


3) 
Bertaubat  

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Sumber bacaan:  Durratun Nasihin,  Zubdatul Wa’izhin

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Kenali Beliau ~ Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary




 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan Know Who), bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .



17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. …kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN. TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.




35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR, GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.


 ~ Sumber ~


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

G.A - Bersama SB di M2M Care House



Assalamualaikum

Malam ni SB nak buat GA.
Okey.. 2nd GA from SB. ^^

GA kali ini 
adalah idea/ilham yang datang
dikala kepala ku pusing-pusing
dalam menyiapkan assignment.

GA ni senang aje, SB just mintak

1.  Buat entry GA --- Bersama SB di M2M Care House
korang tepek/tampal banner kat bawah ni
* tepek besar.. biar nampak hebak!
bak katanya cik yuyu kita.. haha




2.   Like page ---   M2M Care House

3.   Follow blog SB ( tiada paksaan ),
 bagi yang dah follow..do promote this blog. *tq*

4.   Dah siap? Tinggalkan link korang di ruangan komen

5.  Tempoh? Bila-bila masa yang SB rasa perlu 
tamatkan GA ni. 

6.  BEST OF LUCK! ^^

Hadiah Utama


~ M2M Care House New Items, Kain Sulam Suji Tempel ~


Saguhati ( 3 orang )


~ M2M Care House Hot Stuff!, Bawal Tones Lining ~






* Pemenang akan di pilih berdasarkan random.org!

p/s : terima kasih daun keladi, kalau sudi.. cuba la lagi. ^__^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday








p/s : ^____^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Grab Awesome Sarees!

Assalamualaikum.


 A quick & simple annousement 
must do rite now..
since, its looks like already 2.15 a.m!


Okey, since ada yang booking
kain saree dan ada juga bertanya
untuk another collections..

SB sempat update dalam page fb sahaja.
Untill now, SB still survey for
awesome & best deal for our bizz website. 

So, sesiapa yang nak tengok another collections
of sarees.. do go to our page at

http://www.facebook.com/M2mCareHouse
 Sekirannya anda berminat 
untuk membuat booking 
atau sebarang pertanyaan, sila tinggalkan
hp no / email untuk menyenangkan urusan
anda dengan pihak kami
A bit teaser for dis nite..
SB tinggalkan satu contoh
awesome designer saree




~ cantik kan ~

p/s : dapatkan daripada kami, promosi berakhir pertengahan bulan Julai!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Hari Terakhir - Habib Jewels Opening Sale!

Assalamualaikum.


Hari ni 10 Jun 2012
adalah hari terakhir untuk
Habib Jewels Opening Sale!

Apa yang SB tahu,
sale ni bermula dari 6 Jun hingga 10 Jun 2012.

So, sesiapa 
yang nak grab dis awesome stuff from habib collections..
Do go to any of their outlets.

SB harap, dapat jenguk sekejap
petang ni. ^^

sumber
 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Promosi Kain Saree


Assalamualaikum.

Hari ni, SB nak promosi 
kain saree yang sangat gorgeous!

Promosi kain saree ni
SB akan buka bermula hari ini
sehingga pertengahan bulan Julai.

Untuk permulaan, SB letak beberpa
contoh kain saree. SB akan update
setiap masa. So, stay tune with SB okey.



- code : 4701 A & 4701 B -



- code : 4703 A & 4703 B -



- code : 4705 A & 4705 B -




  - code : 4706 A & 4706 B -



- code : 4707 A & 4707 B -



 




- code : 4709 A & 4709 B -



 Sebarang pertanyaan harga dan jenis kain,
sila emailkan kepada ueki_meera@yahoo.com
sila nyatakan code kain dan tinggalkan juga
no telefon anda. tq ^^




Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Sponteneous Thursday







p/s : b somenone with a pure heart! ^,^/

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

Wordless Wednesday








p/s : nikmatilah perjalanan hidupMu walaupun ianya penuh onak dan duri
kerana di suatu sudut yang lain, diriMu lebih bahagia dari mereka yang lain.

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

SB ke Kuala Pilah



Assalamualaikum.

Hari ni, SB nak share pengalaman perjalanan SB ke Kuala Pilah.
Ok, it is not a vacation but instead of 'let go' 
my little sister to Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Perjalanan SB menuju ke Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 10 jam.
Bermula daripada jam 7.25 pagi, SB dan keluarga bertolak dari rumah
dan sampai di Kuala Pilah pukul 5.30 petang. 

SB dan keluarga ke sana by car. Abah yang drive.. instead of me yang
hanya chill dan relax macam 'mem' besar kt belakang. =.=''
Bukan SB malas drive or sengaja tak nak tolong abah.. but.. but..

SB tak pandai drive kereta auto.. ok! its peliks... >.<'
do pray for me untuk belajar kereta auto ok.. ini kerana SB sangat
setia dengan kereta kancil SB yang tersangat lah comel..
comel la sangat...... ^.^ /

 SB ingatkan, dari Seremban menuju ke Kuala Pilah
tak jauh.. tapi ianya adalah jauh. 
it is about 32km dari bandar Seremban. 
Dalam 45 minit jugaklah.. dan time tu kereta berpusu-pusu 
menuju ke Kuala Lumpur. Iyaa.. kembali bekerja. hehehe...

Di Kuala Pilah, SB stay kat Melang Inn.


- papan tanda Melang Inn -

* di sebelah jalan raya
if dari Seremban, sebelah kiri jalan, 
if dari Muaddzam sebelah kanan jalan.



- bangunan Melang Inn -



- kaunter pendaftaran -



- bilik -

Harga setiap bilik di Melang Inn adalah amat berpatutan. 
Bagi SB, if nak stay dan bermalam di Melang Inn.. Ianya amat berbaloi. 



- Melang Kopitiam -

Sepanjang berada di Melang Inn, SB dan keluarga sempat
mencuba juadah di Melang Kopitiam. Melang Kopitiam ini
terletak di hadapan Melang Inn. Ianya beroperasi
pada pukul 8 pagi hingga 10 malam. 


Di Kuala Pilah, SB sempat mencuba 
Nasi Goreng Kampung dan Tomyam Campur. 
Tomyamnya amat sedap! Pedas.. i like!
Ada lagi beberapa tempat yang SB makan.. dan yang best
adalah menu daging salai masak cili api.. harus cuba ya!
- daging salai masak cili api -

Pendaftaran my little sister di Matrik, berjalan lancar.
Alhamdulillah. Semoga my adik selamat di sana.
Belajar rajin-rajin ya. Kak Long doakan yang terbaik
buat adik dan teman-teman seperjuangan. Fighting!! 


SB pulang ke Kota Bharu agak lewat,
sebab ada kecemasan di KL. One of our family 
has be warded.. so, SB melawat dulu.. singgah di 
Hospital Ampang Puteri. Tok Sue, get well soon ya. Amin.

So, SB tak sempat nak jalan-jalan banyak tempat..
Hope another trip there.. sempat jalan- jalan.
dan SB cerita lagi ya.

Ok, SB dah penat menaip..
SB undur diri dulu.
Bye...

p/s : new assignments are waiting for me.. =.="

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA