DO YOU LIKE MY BLOG?

Air Masak

Hai semua.. Yun nak share tentang kebaikan dan keperluan meminum air masak! haaa.. Korang suka tak minum air masak?? Sapa-sapa yang menjaga kesihatan dan kecantikan.. semestinya mengamalkan air masak ni. Kita semua seharusnya minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Maknanya, 2 liter air masak. Haa.. Tiap-tiap hari, tercapai tak target tu? Tercapai ek.. Hahh?! Ada yang tak sampai 5 gelas pun.. huhuhu. Teringat zaman sekolah dulu.. macam panggilan yang diberi kepada air masak ni. Air kosong, 'sky juice, air kurang gula.. hahaha..

So, apakah itu air masak? Haa.. jadi cikgu plak Yun hari ni. huhu.. Air masak ialah air yang direbus sehingga mendidih atau mencapai suhu 100oC. 



Mengapa perlu kita minum air masak ni..? Air lain pun boleh hilang dahaga.. Banyak la pulak kene minum. haa.. Ok, Yun terangkan kebaikan minum air masak nih.. 
  • Mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan
  • Lebih selamat untuk diminum 
  • Lebih baik untuk kesihatan
  • Menjimatkan
Ok tak? Kalau ada yang Yun tak letak tu.. korang share la ek kt sini.. hehee.. Okeh! Ada sesetengah orang tu, bila dah dahaga, main minum aje kan. Air tu tak masak pun tak pe, lagi pun kan dah ditapis. Haa.. itu lah gamaknya. Malas ke ape nih? hehee.. Air perlu dimasak kerana perkaitan diantara suhu dan kehidupan kuman. haaaa..?? Sains pulak.. hahaha.. Meh Yun terangkan. Kalau korang nak tahu.. Kuman akan mati jika dipanaskan hingga mendidih. Mendidih tu, dalam 100oC. Bila air berada di dalam suhu bilik, antara  5oC hinggalah 60oC ianya diketagorikan dalam Zon Merbahaya! Kenapa pulak.. Ini kerana kuman hidup sempurna pada suhu persekitaran, boleh membiak dan mengeluarkan racun. Bahaya tak?? hmm.. Ok, kalau air tu kita letak dalam peti sejuk?? Ok aje kan.. huhuu.. Ok, kalau korang nak tahu.. kuman tidak mati pada suhu air sejuk. Oleh itu, jangan la fikir buat ais menggunakan air paip tu elok ya.. huhuhu


Amalkan minum air masak ketika.. ;-
 


  • Di Rumah - Didik ahli keluarga meminum air masak. Air batu hendaklah dibuat daripada air masak.



  • Majlis Kenduri - Sediakan air minum yang dimasak


  • Pemilik Premis - Perlu menyediakan air masak untuk pelanggan mereka

  • Di Tadika / Sekolah - Ibu bapa hendaklah membekalkan air masak kepada anaknya ke Tadika atau ke Sekolah setiap hari. Kantin sekolah hendaklah sentiasa menyediakan air masak untuk minuman guru dan murid

  • Tempat Kerja - Kita perlu membawa air masak ke pejabat atau semasa melakukan kerja luar.

Bagaimana agaknya air masak perlu disimpan ya... jom checkout!

  • Air masak perlu dibiarkan sejuk sebelum disimpan
  • Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup untuk mengelakkan daripada tercemar
  • Pastikan bekas air masak disimpan ditempat yang bersih dan bebas dari lipas, lalat dan tikus!


Kita dah tahu semua keperluan dan kebaikan air masak.. Tapi apa pulak keburukan jika kita minum air masak ni?? Air yang tidak dimasak mungkin tercemar dengan kuman dan tak boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti Demam Kepialu, Taun, Hepatitis A dan Cirit Birit. Oleh itu, jangan sesekali terlupa untuk masak air ya.. hehehe

Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan kebaikan kepada korang.. Selamat beramal! Much love...



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

2 comments:

Unknown said...

ilmu yang bermanfaat ... feel free untuk blogwalking ke blog saya ya .. :-) khairulbariyahmasrakin.blogspot.com

Unknown said...

Air masak sangat bagus untuk kesihatan.Jangan amalkan air manis atau air berperisa apalagi air berkarbonat

jom lawat rumah saya :

znzabadistore.blogspot.com


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA