DO YOU LIKE MY BLOG?

Beli Kereta Ibarat Beli Besi Buruk


Assalamualaikum.

Wah.. tajuk.. hapenning gitu kan. he3. Actually pagi td, Before datang ofis, tengah duk touch up2..
SB ada tengok siaran TV3. Then, salah satu topik MHI ialah seperti tajuk di atas ya.





Menarik kan? hehe.. Apa yang SB sempat dengar.. Sekarang ni, untuk membeli sebuah kereta..Bank akan buat Bedah Wang. Bedah Wang?  Yes! Bedah wang. Ianya adalah salah satu proses sebelum kita membuat 
sebarang pinjaman untuk pembelian kereta ya.

Kalau dulu, kita akan kira tangga gaji untuk membeli kereta. Tapi sekarang, kita kira ikut GAJI BERSIH ya.
Itu pun belum dikira lagi keperluan atau perbelanjaan yang lain.

Contohnya :
 

GAJI BERSIH                                  = RM2,500
(tolak KWSP & PERKESO)


PERBELANJAAN LAIN                    = RM3,500


BAKI WANG                                    = -RM1,000


Bila kita lihat status kewangan kita, adakah kita mampu? Mampu menanggung beban hutang? Hanya anda yang tahu. Dianggarkan, untuk seseorang yang mempunyai gaji RM 2,000 statusnya untuk membuat bayaran ansuran bulanan kereta hanyalah pada kadar RM200 - RM350.

Ansuran bulanan untuk 9 tahun. Adakah menguntungkan? Ya, bila diberitahu oleh pihak bank. Jika kita membuat ansuran bulan dalam masa 9 tahun, kita akan dapat sebuah kereta yang agak mewah. Tapi berbaloi kah? Tepuk dada, tanya hati. 

Nilai sebuah kereta akan sentiasa menurun, bagi SB ianya bukanlah satu pelaburan yang bijak kerana kereta hanyalah suatu keperluan. SB dah ada sebuah kereta kecil, bersyukur sangat boleh berteduh, ke sana ke mari. Selamat tiba ke destinasi. Tapi, jika status kewangan anda stabil dan anda mampu. Tiada masalah. Mungkin ianya untuk kepuasan diri anda. ^^

p/s : ukur baju di badan sendiri.. ^^

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

1 comment:

Nursaila Norman said...

seeloknya byran kereta x membebankan diri sendiri.. :)


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA