DO YOU LIKE MY BLOG?

Jom Masuk U! -Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012

Assalamualaikum semua.. Selamat Pagi.

 Alhamdulillah.. Pagi yang berkat ni, 
kita masih dipanjangkan usia..
dianugerah tubuh badan yang sihat. 

 Okeh! Entry pepagi hari ini..
SB nak kongsikan maklumat tentang 
Karnival Pengajian Tinggi 2012 
@ lebih sinonimnya dikenali dengan Jom Masuk U!


 Wah.. Excited betul bunyinya.. hehehe
 Seperti tahun-tahun sebelumnya pada tahun ini
Karnival ini akan diadakan mengikut zon-zon 
seluruh Malaysia bermula Januari hingga Mac 2012.

Objektif karnival ini diadakan adalah untuk
memberi peluang kepada semua pelajar 
mendapat maklumat terperinci berkaitan
universiti-universiti yang ada di Malaysia.
 
Secara tidak langsung, pelajar juga boleh
terus berkomunikasi dengan staf di setiap 
booth pameran yang mewakili 
setiap universiti yang mereka minati.
Maklumat yang diperolehi juga adalah
lebih tepat dan bersesuaian dengan pilihan mereka nanti.

 Aktiviti Menarik Di Jom Masuk U!
 
 * Pameran Pendidikan
 
*Informasi Kemasukan
 
*Cabutan Bertuah
 
*Seminar Pengajian Tinggi
 
*Seminar Sehari Bersama Pemimpin Masyarakat
 
*Khidmat Kaunseling Institusi
 
*Permohonan Aplikasi Dalam Talian
 
*Semak Syarat Kelayakan
 
 

p/s : Bagi yang bermasalah untuk mengisi permohonan UPU 2012 ini bolehlah cuba mengisi permohonan UPU fasa 2 nanti sambil di tunjukkan oleh instructor yang ada disana nanti. Hal ini membolehkan sebarang masalah boleh ditanya dan dibantu. ^^


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA