DO YOU LIKE MY BLOG?

Cintai Dia dalam Diam, dari Kejauhan, dgn Kesederhanaan & Keikhlasan





Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui

saat ianya membuai rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta

izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..

mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

 

Jika benar cinta itu kerana ALLAH 

maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH

kerana hakikatnya ia bermula dari ALLAH

maka ia pun berakhir hanya kepada ALLAH..

 

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.


Cukup cintai dia dalam diam..

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya, bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup di jiwa.



Cukup cintai dia dari kejauhan..

Kerana hadirmu tiada mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sahaja membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan..



Maka cintailah dia dengan keikhlasan


p/s :  Aku tidak tahu rencana Allah buat diriku.. mungkin rasa ini ujian  dan singgahan yang sementera. Dek kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Aku serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.


Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

6 comments:

Unknown said...

cinta pennuh keikhlasan :)

Unknown said...

bagus entri ni, penuh penghayatan dan keinsafan..teruskan usaha!!

kenapa Mak Siti suka mengusik?

Srikandi Bonda said...

@ezan.. sama2 la kita. :)

Srikandi Bonda said...

@ieyzajamil.. tenkiu. ^_^

Misz Nuriz said...

jauh di mata, dekat di hati..:)

Srikandi Bonda said...

@misz nuriz.. Wahh! gitu la gamaknya. ^__^ PEACE!!


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA