DO YOU LIKE MY BLOG?

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

 Okeh! Kali nie,
nak sertai segmen terbaru 
daripada Bro Ben.. 

nak Join? klik SINI ! 



" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 
 
Wahh! soalan di atas
telah membuatkan semua anak gadis
tersenyum lebar.. hehehe
 
Bila berbicara mengenai
wang hantaran bagi sesuatu ikatan suci,
paradigma yang sudah menjadi kebiasaan
masyarakat kita..
 
' hantaran tu biarlah sepadan dengan bunga yang hendak di sunting ' 
 
 Tetapi, ingatkah anda..
Dalam Islam, cuma mas kahwin sahaja yang 
wajib diberikan kepada pihak perempuan.  

Namun,
jika tidak mempunyai wang hantaran.. 
bagaimana pula majlis perkahwinan 
boleh diwar-warkan kepada masyarakat
bagi keluarga yang tidak berkemampuan?

Agak neutral di sini..
Oleh itu, wang hantaran boleh diberikan..
tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut kemampuan si teruna.

Tidak salah jika si teruna memberikan wang hantaran 
sehingga mencecah 5 angka..
Namun,  biarlah ianya tidak menimbulkan sebarang kesan negatif.

Apa yang paling penting ialah hasrat untuk disatukan
dalam ikatan yang sah dapat dilaksanakan.

Tidak menjadi satu halangan jika si teruna dan si dara
saling tolong menolong dalam persediaan perkahwinan.
Malah ia merupakan satu latihan pertama untuk 
berganding bahu dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
 
 
Sekian.. Much love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

6 comments:

Munn Jaafar said...

"hantaran tu biarlah sepadan dengan bunga yang disunting..." suka ayat ni yun....duit hantaran makin tinggi mcm ikut harga minyak naik pulak...hahaha

Srikandi Bonda said...

@munna.. hehe.. a'aa kan. time ni dah melambung harganya. ce pikir, time anak-anak kita nanti.. brape lerr.. hehe.. ^__^

hitammanis said...

jika si jejaka serius utk menyunting si gadis, tentu dia sanggup mengadakan semuanya tp biarlah berpada2....ukur baju di badan sendiri gitu......

Srikandi Bonda said...

@hitammanis.. betul tu. biar berpada-pada.. :)

Unknown said...

harga hantaran melambung seiring dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia :D

kesungguhan seseorang tu jgn dinilai dengan wang ringgit yg dia mampu sediakan..

Ourkizuna desu

Srikandi Bonda said...

@Rai.. betul. Yun sokong! ^__^


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA