DO YOU LIKE MY BLOG?

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI




klik!!


Aku membetulkan tudung ku yang sudah kebasahan di timpa hujan.
Alhamdulillah, di kala senja hujan sudah berhenti..
Boleh la balik ke rumah dengan aman.. ngomelku di dalam hati.

 Sambil berjalan menuju ke kaunter tiket,
aku terserempak dengan Dea Izzana dan Nathrah.
'Laa, apasal dengan Yun ni? Basah kena hujan ke?' tanya Dea
A'aa la.. Aku tengok ada je payung tu.. pun boleh basah?' bising Nathrah kepadaku

 Aku tersenyum.. Meletakkan fail-fail di atas bangku.
'Korang tengok la.. fail pejabat ni, berlambak aku kena bawak balik rumah..
Payung ni kecik je, jadi fail-fail ni aku teduhkan dulu..
Report ni nak kene submit esok, kalau tak.. bising la Dato Ben Ashaari, bos aku tu.
Jenuh nak menjawab! hmm.. 

 Kami berborak dengan rancaknya, tiba-tiba aku terpandang sahabatku
Penulis Senja.. berada di satu sudut tiang.
'Amboi.. duk tengok pelangi.. cari ilham buat puisi la tu.. hehehe'
Aku tersenyum sendirian..

 Kami tergopoh gapah memasuki LRT bersama para penumpang yang lain.
Dea dan Nathrah mendapat tempat duduk yang sama.. Namun, tiada yang kosong bagiku.
Aku memerhati sekeliling.. Ya! Kat situ kosong.. 

Aku duduk.. Memegang fail di tangan dan meletakkan payung di kerusi.
Aku dan Dea bersembang lagi.. manakala Nathrah sudah tertidur. 
Sampai di perhentian kami, cepat sahaja aku bangun dan mengejutkan Nathrah.
Kami keluar daripada LRT, lalu singgah membeli makanan untuk santapan malam ini.

 Telefonku berdering.. Tertera nama housemate ku, Misz Nuriz.
'Assalamualaikum, hello.. Yun, ko kat mana? Apasal tak sampai lagi?'
'Aku duk beli nasi ni.. dalam 10 minit lagi, aku sampai. Sambil tunggu aku, boleh la ko buatkan air oren ya.
hehehe.. telefon ku matikan.

 Aku, Dea dan Nathrah berpisah di situ.
Menghala ke rumah masing-masing.
 Aku berjalan sendirian mendaki bukit pangsapuriku..
Namun, aku menyedari ada seorang lelaki mengekoriku.
Daripada kedai nasi sehinggalah ke pangsapuri..
Aku cuba menyedapkan hati, mungkin dia juga tinggal di sini.

 Aku meneruskan perjalananku.. Sesampai di muka pintu lif.
Aku, dia dan beberapa penghuni lain memasuki lif tersebut.
Aku menekan butang nombor 4. Itulah aras rumahku.
Aku menanti lelaki berbaju hitam itu menekan nombor aras. 
Namun aku hampa, dia hanya berdiri kaku.

Seorang demi seorang penghuni, keluar dari lif tersebut.
Saat ni, hanya aku dan dia.
Aku mula panik.. Aku memerhatinya dengan ekor mataku
Aahh! Sah, dia memang memerhatikan aku. 
Lebih parah lagi, dia juga keluar dari lif bersama denganku..

 Aku berjalan membelok ke sebelah kiri.. dia juga begitu.
Bulu roma ku meremang.. Aku berselawat dan berdoa agar tiada perkara yang tidak elok berlaku.

Aku berhenti, tepat di muka pintu rumahku.
Ku bunyikan loceng bertalu-talu.. namun tiada sahutan 
daripada Misz Nuriz.
Aku makin menggelabah..  Aku menggeledah beg tanganku.
Mencari-cari di mana kunci rumah.. Jumpa! 
Dengan tangan yang terketar-ketar, aku membuka pintu..
Namun, kunci itu jatuh dari pegangan ku.
Tubuh ku menggigil apabila ada tangan yang menyentuh bahuku.

 Aku mencari secebis keberanian,
dan menghadapi lelaki berbaju hitam tadi.
'Awak siapa..??!! Nak apa.. Baik awak pergi..!!
secara tidak sengaja, aku memukulnya menggunakan payung.

 Tiba-tiba dia menjerit.. Aduh!! 
Weii pempuan... aku bukan orang jahat la..
Aku nak balik payung aku tu.. Ko ambik payung aku dalam train tadi.
Ni payung pink ko!!

 Terkebil-kebil aku memandang lelaki itu 
yang sudah hilang dari pandanganku.
Tiba-tiba aku di sergah oleh Misz Nuriz.. Aduss! Kurus semangat..
Aku menceritakan kejadian tadi.. 
Kejadian tadi memang menggeletek hatiku. 

 Namun.. aku masih tertanya.. siapakah lelaki itu? apa namanya...

 ~ Sekian ~

 p/s : korang kalau jumpa lelaki berbaju hitam, bawa payung dalam LRT.. bagitahu Yun ya?? PEACE!!

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

8 comments:

mad khaz said...

nice la yun!

hehe. pandai mengolah cerita =)

Srikandi Bonda said...

@mad khaz.. tenkiu. last minit punyer idea. semput nafas. hehe :)

Lulu caldina said...

wah kreatifnya.. kredit buat awak... :)

Fariza Othman said...

cam kisah benar je? hahaha

Cik Cempaka said...

Haiiii, rajinnyer wat citer

salam perkenalan =)

Srikandi Bonda said...

@lulu caldina.. tenkiu cik lulu. :)

Srikandi Bonda said...

@fariza.. macam la ya? hehehe.. tak pernah naik train pun. belasah jer la. hehe.. ^__^

Srikandi Bonda said...

@cik cempaka.. tenkiu cempaka. :)


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA