DO YOU LIKE MY BLOG?

Rindu!

Pagi semua... Oops!! Ada yang dah tidur ek.. hehehe.. Sorie, mengganggu.. Hari khamis banyak betul kerja yang perlu Yun lakukan. Pagi sampaila ke malam.. Ada aje kerja. So, sekarang ni baru lah ada masa Yun mengadap blog tercinta ini. Ohh blog ku.. aku amat merinduimu hehehe.. Harap-harap korang sihat semuanya ya.

Hari ni, bukanlah banyak kerja di ofis.. sebab, hari ni Yun cuti. yeayy!!! hahaha. Hari ni, shopping time bersama mama tersayang. Beli barang dapur.. Haa.. bila dah troli ditolak didalam shopping mall.. Maka banyakla yang nak dibeli.. Yang terbeli pun ada tau. hehehe.. Korang shopping tak minggu ni? Haa.. Lagi pun semua baru dapat G.A.J.I kan..??? haaa.. Tak salah la kalau nak membeli belah. Lagi tak salah membeli barangan untuk mama tersayang. Rasa macam puas sangat.. bila duit gaji yang kita dapat daripada hasil titik peluh kita.. kita bagi pada kedua ibu bapa kita..  Pernah rasa tak? Kalau ada yang masih study tu, nanti dah kerja .. jangan lupa berbakti pada ibu bapa dulu ya. Kadang-kadang, kalau ibu bapa yang dah ada pekerjaan sendiri.. memang tak mengharapkan duit daripada anak-anak.. tapi , tak salah kalau kita berikan pada mereka. Paling penting, sentiasa ambil berat tentang mereka. Kalau ibu dan ayah dapat memelihara sepuluh orang anak.. Tak kan sepuluh orang anak tak boleh menjaga dua orang insan yang teristimewa ni. Jangan pulak ditiru gaya anak-anak terhaka kat luar sana. Ada yang boleh letak ibu dan ayah dekat rumah orang tua. Sedangkan, anak-anak mereka lebih daripada mampu untuk menjaga mereka. hmm.. ~ Bila berbicara tentang semua ni, Yun akan mula emotianal. Tapi, Yun rasa korang pun sama kan.. Oleh itu, jangan sesekali membelakangi ibu bapa kita. Ok? Promise?? hehehe.. Gud boy! Gud girl! 

Banyak pulak Yun berceloteh.. hehehe.. Ok lah, esok kita jumpa lagi.. Selamat malam semua. Have a nice dream. Much love!! Wassalam.



Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA