DO YOU LIKE MY BLOG?

Seminar Kelestarian & Kecemerlangan Setiausaha Kampus Kesihatan 2011



Selamat petang.. Yun baru je balik dari seminar. Mesti semua dah tahu bila tgk gambar kat atas ya. hehehe.. Ok, Seminar Kelestarian & Kecemerlangan Setiausaha ini julung kalinya dilaksanakan. Kalau tak silap aku, dalam 41 orang yang menghadiri seminar ni tadi. 40 orang wanita dan seorang lelaki. Bertuah dia ya. A thorn in the roses.. hehee..

Seminar adalah permulaan bagi aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Setiausaha Kampus Kesihatan,USM. Ada 7 objektif seminar ini iaitu ;-

  1. Mendorong dan meransang pemikiran positif dan berkeperibadian tinggi lagi mulia.
  2. Mencapai tahap dedikasi kerja yang tinggi, berkesan, berkemampuan dan berkebolehan dalam menjalankan tanggungjawab dan tugasan.
  3. Mempelajari cara menentukan sasaran yang boleh dicapai.
  4. Mengaktifkan cara-cara menjadi lebih mementingkan kecemerlangan.
  5. Mengurus masa dan tekanan dengan lebih berkesan.
  6. Meningkatkan kualiti kerja dan mencapai kecemerlangan kerjaya dan diri.
  7. Membina keyakinan dan kemampuan untuk berhadapan dengan tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mencabar menerusi cara yang lebih kreatif dan inovatif.
Banyak gak ya objektif seminar ni. Yun rasa objektifnya  akan tercapai dengan ceramah yang cukup bermanfaat yang disampaikan oleh Prof. Zalina Ismail dan Dr. Hj Wan Nudri. Banyak info-info yang berguna. Ada masa nanti, Yun kongsikan di sini ya. Moga-moga mendapat manfaat yang sama kerana berkongsi ilmu tanpa dengki itu dikira jihad.  Allah berfirman maksudnya,“… nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…” (Surah al-Mujaadalah: 2).

Setakat ini dahulu.. nanti Yun update lagi info terbaru diriku.. much love!!






Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA