DO YOU LIKE MY BLOG?

Kanak-kanak @ Dewasa

Hello.. semua orang dah tido ke? Haa.. ada yang tak tido lagi. Sama la kita. hehehe.. Malam ni, Yun teringat dan rindu zaman kanak-kanak. Korang pun mesti rindu kan? Best sangat waktu tu. Bila makan ais krim,muka comot2.. Main masak-masak.. kejar-kejar.. suka teddybear.. suka .. macam-macam la yang Yun suka buat time kecik-kecik dulu. Sekarang dah dewasa.. Umur pun dah masuk 20-an.. waa.. sekejap je masa berlalu kan? tik tok.. tik tok.. dah tahun 2011!! 

Dulu.. time zaman kanak-kanak.. Yun tak ada kakak tau. Anak sulung kan. So, selalu je main dan bermanja dengan dua orang kakak sepupu, Farah and Ct! .. manjo kededek gitu! hahaha.. Diorang pun tak ada kakak atau adik perempuan. So, kami bertiga pun.. selalu bersama. Ke mana aje. Haa.. Jangan tak tahu, kalau time raya.. Baju kami macam boria. Warna lolipop gitu! meriah kan?! hehehe.. 

Sekarang, semuanya dah berubah.. Yelah, semua dah dewasa. Pemikiran pun dah matang. Muka pun dah tak ada nak comot-comot lagi. Lagi terasa.. bila salah seorang daripada kami .. dah pun dimiliki (kawen)  yang secara automatiknya, digelar Puan Farah. Dia sekarang dah pun menetap di Kuala Lumpur bersama suami tercinta. Tinggal la Cik Yun dan Cik Ct yang masih single. huhuu. Cik Ct sekarang baru aje menamatkan praktikalnya di Penang. Agak-agak bila la 'mek' ni nak balik.. huhuu. Cik Yun pulak, still di sini.. setia bekerja di negeri tercinta, negeri Cik Ct Wan Kembang. ^___________^

Memang tak boleh dinafikan, zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh ceria dan penuh kegembiraan. Yun akan sentiasa mengingatinya sampai bila-bila. Namun, pengalaman meniti usia yang banyak mengajar Yun erti kehidupan. Mendidik Yun untuk lebih matang. Terima kasih Ya Allah.. kerana telah memberiku peluang untuk mengecapi nikmat ini. Amin.. 

Sampai disini dulu ya.. Oh yaa.. sebelum tu.. korang nak kenal siapa Puan Farah dan Cik Ct?? hehe.. jom2!! 


       
Cik Ct
                                 

Puan Farah


Yun sayang both of them!! Much love... Wassalam.




Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA