DO YOU LIKE MY BLOG?

Tolong Ubah Diri.. yun!

Hai semua.. Hari ini, agak menyibukkan diri dengan memfailing surat. Ini kerana, longgokan surat yang semakin menimbun di atas tray meja. So, sebelum ianya meninggi bak KLCC.. ada baiknya Yun menyegerakan tugas yang suka suka ditangguhkan selama ini. hehehe.. (mintak ampun!!)

Haa.. bercakap mengenai menangguhkan kerja.. Korang pernah tak tangguhkan kerja? Kerja ala-ala tak penting atau tak diperlukan lagi tu.. ada?? hehehe.. Malu pulak nak jawab ya. Tak pe, simpan dalam poket rahsia masing-masing yup! Kebiasaanya, memang selalu aje tangguhkan kerja. Ayat yang biasa di gunakan.. 

  • Alah, sikit aje.. Tunggulah nanti banyak.
  • Kertas kerja ni tak urgent pun.. Tak payah la buat lagi
  • Bos tak tengok surat ni.. Simpan la dulu.

Haa.. Pernah tak korang buat ayat kat atas dengan ala-ala tak bersalah? hehehe.. Yun?? Jujurnya.. Ada. Oops! haha.. tapi tak adalah sampai surat jatuh ke lantai kan. hehehe.. Apa pun, kalau boleh.. janganlah suka tangguh-tangguhkan kerja ya. Kalau boleh.. okeh?! hehehe.. Cuba dulu, InsyAllah boleh. Istiqamah itu penting ya. ^_______^


Much love!! Wassalam

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA