DO YOU LIKE MY BLOG?

Ibu Mertuaku




Siapa yang boleh lupa dengan filem Ibu Mertuaku...
Lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Filem yang telah meninggalkan
kesan mendalam bagi semua lapisan umur.

Kassim Selamat?
Sapa dia Kassim Selamat??
Lawyer, Masjitiret, Doktor kah?
Ahli muzik..!!
Antara dialog yang masih 
meniti di bibir kita bukan?

 Zalim betul,
ibu mertua Kasim Selamat tu kan?
Korang pun tak nak ibu mertua macam tu kan.. huhu

Okeh! kalau nak tak nak ibu mertua macam tu,
korang kena lah pandai 
ambik hati dia.



 Tips Menambat Hati Ibu Mertua


Sebaik sahaja sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.


Kenali sikap sebenar mertua. Tanya kepada pasangan, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


Setelah berkahwin, jangan sesekali memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap korang terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.


Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, korang juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah korang cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri korang betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun korang dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan korang tidak serius.

Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


Paling penting, jaga pertuturan. Jika sebelum ini korang seorang yang ‘mulut lepas’, dinasihatkan agar menjaga pertuturan ya. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.


Setelah selesai majlis kenduri, pastikan korang ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan korang sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


p/s : selamat beramal.. Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

8 comments:

qamarguyz said...

salam ziarah..
tips yG bagus buat bakal menantu kepada bondaku..huhu..m0ga semuanya berjalan lancar =)
syukran atas perk0ngsian

zacky786 said...

waa.. tip tuk mase dpn ni.. huhu..

Srikandi Bonda said...

@qamar.. tenkiu. InsyAllah. Amin. :)

Srikandi Bonda said...

@zacky.. hehe. ^__^

Cik Nathrah said...

perfect tips! thanks :)

Srikandi Bonda said...

@nathrah.. nt cuba ya. sama2. :)

Misz Nuriz said...

haha..yg ringan tulang tu x tahan..jgn dpn mertua je wat2 baik..biarlah kat umah sendiri pun sama...hehe

Srikandi Bonda said...

@misz nuriz.. hahehe. perlu la ringan tulang d rumah dahulu. kalau tak, susah nk praktik rumah m.mertua. Paling lama blh bertahan pun, sminggu kot. ^__^


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA