DO YOU LIKE MY BLOG?

Sila berfikiran positif..

Korang selalu berfikiran positif tak? 
Selalu ya.. Bagus! hehee..



 Tapi, apa nak jadi dengan 
orang yang selalu fikir negatif ni?
Haa.. apa sebabnya ya kawan-kawan??



 Yun bukan nak bercerita tentang keburukan sesiapa kat sini.
 Korang pun sama ya..
Kita cuma kongsikan masalah dan cara penyelesaiannya.



 Kalau kita selalu berfikiran negatif pada orang lain..
sampai bila-bila pun, kita akan tengok sifat keburukannya saja kan..
Habis tu, kebaikannya.. Kita tak nampak.. atau buat-buat tak nampak?



 Bila ada orang yang mentalitinya begini..
Yun cuma mampu beristigfar..
Korang pulak macam mana? 
Pernah tak bagi nasihat pada golongan yang macam ni?



 - awak tolong la nasihat dia.. saya tak nak.. takut dia berkecil hati -



 Pernah terkeluar tak ayat tu?
Ya, memang kita akan menjaga hati kawan-kawan.
Tapi tak salahkan memberi nasihat ke arah kebaikan? 
Cuma kita perlu memberi nasihat dengan cara berhemat. 
Bukan dengan cara yang kasar ya.



Sifat dengki ni, tak sampai ke mana pun..
Apa kata kita hayati ayat di bawah ni ;-




Rasulullah SAW bersabda,
إيَّاكُمْ وَ الْحَسَدَ , فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلَ الْحَسَنَاتِ , كَمَ تَأْكُلَ النَّارِالحَطَبِ
“Jauhilah diri kalian dari sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu memakan (pahala) kebajikan sebagaimana api membakar kayu.”


Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya,

“Wahai anakku, waspadalah dari sifat dengki, kerana ia merosakkan agama dan melemahkan jiwa serta menimbulkan penyesalan. Wahai anakku, tiada bencana yang lebih berat penderitaannya daripada kesombongan. Tiada kesedihan yang lebih menyusahkan penderitaannya daripada kedengkian.”



Oleh itu,
sama-sama lah kita menghidari 
sifat sebegini. InsyAllah..



p/s : Yang baik datang daripada Allah, Yang buruk daripada kelemahan Yun sendiri.

Much love!! Wassalam.


Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

No comments:


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA