DO YOU LIKE MY BLOG?

SeLamAt Hari Guru!

Tibanya 16 Mei 2011, hari penghargaan
buat semua guru yang disayangi, disanjungi dan dihormati.

Di sini,
Yun ingin mengucapkan,
SELAMAT HARI GURU

khasnya buat,
 Abah & Mama
 (guru pertama dalam hidup Yun)
Semua guru Sek. Keb. Demit
(1996 - 2001)

Semua guru Sek. Men Dato' Ahmad Maher
(2002-2006)

 Semua pensyarah DSK Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
(2007 - 2009)
Semua pensyarah BIM Open University Malaysia
( 2010 - 2013) - doakan. ^_^

 Termasuklah, cikgu mengaji Al-Quran, cikgu tuisyen, kelas fardhu ain,
rakan bloggers,
 dan tak lupa buat sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu pada Yun 
secara formal @ tak formal, & walau hanya satu patah perkataan.
Yun doakan yang terbaik dalam kehidupan kalian semua.
Anda semua adalah insan terhebat yang pernah ada dalam hidup Yun.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Amin.


Ku Dedikasi Buat Mu Cikgu


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


 - sekadar gambar hiasan -


Much love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

4 comments:

Jahidih Saili said...

Assalamualaikum..
selamat hr guru utk yun..
wah..sekolah ahmad maher tu..
mujurlah bukan maher zain..hehe

Srikandi Bonda said...

W'salam. tenkiu. Selamat Hari Guru buat J.S juga yg bakal menjadi pendidik. maher zain? wahh.. kalau ada kt skolah Yun, ramai la student nak ambik bahasa Arab! hehe.^_^

Misz Nuriz said...

tgk sajak tu, teringin nak menyajak lak..haha...
hepi teachers day buat semua guru di dunia t'masuk parents yun..:)

Srikandi Bonda said...

@misz nuriz.. wahh! dh lama xbaca puisi2 nukilan misz nuriz. neway, tenkiu ya..bg phk abah & mama. :)


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA