DO YOU LIKE MY BLOG?

Perhatian kepada Pemandu

Petang tadi,
dapat fon call drpd mama trsayang..
along, nt abes kerja.. datang ambik mama & adik kt Hotel Rennaisanse ya.
Okeh mama! ( anak y baik, gayanya ) PEACE!

 Ni bukan entry 
untuk bercerita mengenai contoh anak misali..
TETAPI,
contoh pemanduan di atas jalan raya.


Perjalanan dari USM
menuju ke Hotel Renaissance, 
boleh dikatakan agak jauh. 
Perjalanan yang menempuh 3 traffic light. 

 Keadaan lalu lintas?
Fuhh! memang berderet kereta.
Al-maklum lah.. semua berpusu-pusu pulang ke lubuk. 
hehehe..

Bila drive,
Yun suka tengok gelagat pemandu.
Pemandu lelaki @ perempuan.
Walaupun sedang menahan sabar 
menanti Q yang amatlah panjang. huhu

Perbandingan antara pemandu wanita dan pemandu lelaki
sering menjadi pertikaian kedua-dua gender ini apabila dibincangkan.
Ada yang mengatakan wanita adalah pemandu yang lebih baik berbanding lelaki.

Ada juga yang tidak bersetuju. 
Melalui kajian, pemandu lelaki lebih cenderung untuk memandu laju 
dan sering mengalami kemalangan jika dibandingkan pemandu wanita. 
Namun wujud juga tanggapan wanita merupakan pemandu yang amat teruk sekali
melalui cara pemanduan yang amat perlahan. Kononnya kerana terlampau berhati-hati 
namun boleh mengakibatkan kemalangan di pihak orang lain pula!

Antara yang Yun boleh perhatikan?
Jom baca bawah...



Pemandu Wanita
  1. Dikatakan terlalu berhati-hati.
  2. Lembap dan memandu dengan terlalu perlahan.
  3. Lebih bersikap berhati-hati dan mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta menyebabkan gangguan kepada pemandu lain.
  4. Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan.
  5. Gemar menghias kereta dan kadangkala keterlaluan
  6. Membuat pusingan U secara tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.
  7. Wanita lebih cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan membahayakan orang lain.


Pemandu Lelaki
  1. Kurang Sabar.
  2. Suka membunyikan hon jika tak puas hati dengan sesuatu situasi.
  3. Panas baran ketika memandu.
  4. Tidak suka mengikut peraturan. Kadangkala tali pinggang keledar pun tak suka pakai!
  5. Sentiasa melabelkan pemandu wanita lembap dan menyusahkan sedangkan kadang kala yang terjadi adalah berpunca daripada kaum sejenis mereka juga!
  6. Lelaki lebih cenderung memandu tujuan mencari sensasi iaitu menunjukkan kepada rakan sebaya dan orang ramai mengenai kemahirannya memandu di jalan raya.
  7. Pemandu lelaki dua kali ganda melanggar peraturan jalan raya berbanding pemandu perempuan. Malah, sebanyak 83 peratus pemandu lelaki cenderung menunjukkan perangai memandu laju manakala perempuan hanya sebanyak 17 peratus.


Sekian..

p/s : adakah anda tergolong dalam kumpulan di atas? hehe.. PEACE!!


Much Love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

1 comment:

Misz Nuriz said...

Yun pulak jenis driver yg macam mana???


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA