DO YOU LIKE MY BLOG?

Berdikarikah Anda Wahai Si Gadis?

Malam ni Yun nak kongsikan beberapa sifat berdikari. Apa itu berdikari? Sifat berdikari adalah satu sifat yang amat disenangi oleh semua orang termasuk si dia.. jeng.. jeng.. jeng.. 

Sifat berdikari ini boleh menjadi kelebihan buat diri korang untuk terus bertakhta di sudut hati si dia yang teristimewa. hehehe.. Namun, berjaga-jaga ya. Sebab apa la tu ya.

Yun ada baca bahawa ada juga lelaki yang tidak suka perempuan yang terlalu berdikari kerana mereka akan terasa seperti dipinggirkan. Haa.. Pelik kan? Berdikari salah.. Tak berdikari lagi la salah. Habis tu nak yang macam mana.. Jom check bawah.. ;-

Bijak urus diri sendiri
  • Kalau korang nak tahu, orang lelaki ni suka kalau kaum hawa pandai berdikari. Mereka ni suka kalau kita semua mampu menjaga dan menguruskan diri sendiri tanpa mengharapakan bantuan mereka. Kenapa la ek?? Sebab.. kaum adam ni tak suka dianggap sebagai 'hamba' kaum hawa. Kalau korang rasa nak kerah mereka ni.. sila berfikir banyak kali ya. hehehe..
Peka terhadap keluarga
  • Kalau ada diantara korang yang dapat menguruskan keluarga sendiri, ni memberikan peluang yang amat terang benderang.. atau korang dapat markah lebih la jika dibandingkan dengan gadis pilihan mereka yang lain. Suka tak?? hehehe. Kaum adam percaya bahawa gadis yang boleh menguruskan keluarga, diyakini mereka dapat menguruskan keluarga yang bakal dibina kelak. Jadi, sila la jaga tingkah laku anda ya. Mereka memerhatikan anda dari jauh.. kuikuikui.
Mampu atasi masalah
  • Sifat lelaki ni, mereka tak suka nak fikir hal remeh temeh ya. Tambahan pulak, masalah yang patut korang sendiri yang selesaikan tanpa membebankan fikiran mereka. Namun ingat.. Tak semua keputusan yang korang buat tu, mereka setuju.. Ada sesetengah hal, perlu dibawa berbincang ya. Ingat, mereka adalah ketua keluarga ya.. hehehe
Hebat urus soal wang
  • Lelaki zaman milenium nih.. suka kalau korang pandai menguruskan perbelanjaan. Mereka tak suka, korang terlalu boros. Jadi, pandai la set up bajet supaya tak memeningkan kepala mereka. 

     Antara idaman si kaum Adam
  • Gadis yang menenangkan
  • Gadis yang memberi cinta
  • Gadis yang setia
  • Gadis yang cerdas
  • Gadis yang cantik
  • Gadis pemberi semangat





    Much love!! Wassalam..
    Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

    No comments:


     
    This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA