DO YOU LIKE MY BLOG?

Kemanisan Cinta # 1

Hari ini, buat pertama kalinya Yun post entry novel.
Impian Yun ini telah disambut baik dan disokong oleh sahabat blogger kat SINI.  

Ini adalah cubaan pertama Yun.
Komen-komen yang membina amatlah dialu-alukan.
Tenkiu! ^_^

Selamat membaca.. hehe


I
II
III
IIII
IIIII
IIIIII
IIIIIII
IIIIIIII
IIIIIII
IIIIII
IIIII
IIII
III
II
I


‘Petang nanti dapat pergi jenguk dia sekejap pun jadilah.’ Ngomel Ainun di dalam hatinya. Sambil menunggu sahabatnya tiba, Ainun memandang sekelilingnya. Kabus masih menebal. Udara yang nyaman. Bunyi siulan burung berkicauan. Mengagumi ciptaan Illahi di depan matanya, Ainun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas buat sekian kalinya. Alhamdulillah, syukur. Terleka melihat keindahan ciptaan Allah, tiba-tiba dia disapa oleh satu suara yang cukup dikenalinya. ‘ Cik Ainun, apa yang dimenungkan tu? Tunggu sarapan jatuh dari langit ke?’ Ainun menoleh dengan senyuman. Dilihat sahabat baiknya itu, berjalan sambil memegang beberapa beg plastik di tangan. Alia,teman rapat yang juga teman sekuliahnya. Perkenalan mereka bermula ketika pertama kali Ainun menjejakkan kaki ke Universiti Sains Malaysia. Dari situlah mulanya persahabatan mereka. 



Sunyi dan sepi. Inilah disiplin yang perlu ada bagi setiap pengunjung perpustakaan. Inilah salah satu aktiviti mereka setiap kali menjelangnya peperiksaan. Terleka menelaah buku rujukan, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh tanpa mereka sedari. ‘Ainun.. Jom la balik. Sekarang ni dah pukul dua petang. Perut aku ni dah berbunyi. Macam-macam irama ada.’ Ainun berhenti membaca buku-bukunya. Dia  memandang dan mengangguk, tanda bersetuju dengan cadangan Alia. Mereka menuju ke kafetaria. Melihat lauk-pauk yang dijual, menaikkan selera Ainun. Ikan keli dan sup sayur, ditambah pula dengan air sirap limau yang memang menjadi kegemarannya. Selesai membuat bayaran, Ainun menunggu Alia di hujung tangga. Alia datang dengan muka yang ceria. ‘Alia, petang nanti kita pergi jenguk Makwan ya?’ Ainun menanti Alia memberi respon. ‘Ok!’ Jawapan ringkas Alia itu sudah cukup membuat Ainun tersenyum senang.



            Hanya mengambil masa 15 minit, Ainun dan Alia sudah pun sampai di rumah Makwan. ‘Assalamualaikum Makwan.. Assalamualaikum.’ Salam mereka tidak dijawab. Ainun dan Alia saling berpandangan. ‘Apa kata kita pergi tengok sana, mana tahu Makwan ada kat belakang rumah?’, Ainun memberi cadangan. Apabila berada di belakang rumah itu, Ainun melihat kelibat wanita yang sudah lanjut usianya sedang menyapu sampah. ‘Assalamualaikum Makwan.’ Wanita separuh usia itu menoleh. Dilihatnya Ainun dan Alia tersenyum. Mereka bersalaman. ‘Awatla hampa tak bagitau nak datang. Kalau tak, boleh la Makwan masak yang sedap-sedap kat hampa ni. Apa lagi duk kat situ, mai la masuk rumah Makwan ni.’ Ainun dan Alia tersenyum mendengar Makwan berceloteh. Cepat-cepat Ainun dan Alia mengikut Makwan ke dalam rumahnya. Inilah Makwan. Ibu angkat kami di sini. Kami mula mengenali Makwan ketika mengikuti Program Kekeluargaan, anjuran pihak universiti. Seorang yang cukup baik dan peramah. 


p/s : tunggukan entry seterusnya.. tq   ^_^ 

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

4 comments:

cik sakura said...

cik sakura tunggu..

Srikandi Bonda said...

tenkiu cik sakura, sudi baca. ^_^

Misz Nuriz said...

yun, jelesnye..
siap ley tulis novel lg..
gud2.. sgt bangga ngn yun..

Srikandi Bonda said...

Misz Nuriz apa kurangnya.. berbakat dalam penulisan dan puisi. semangat yun drpd misz nuriz juga. =)


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA