Tadi, Yun menjengah ke blog sahabat
Sahabat Yun ni
berpeluang melawat kapal terdampar
di Mid Valley.
Kapal terdampar ini
di pamerkan bertujuan
mempromosikan filem terbaru
Pirates of the Caribbean On Stranger Tides
Tiba-tiba
Yun teringatkan kisah hidup Yun.
Bukan berkaitan filem ini..
tetapi berkaitan dengan
panggung wayang @ pawagam.
Kalau nak tahu,
Yun mula menjejakkan kaki ke
panggung wayang ni pada tahun 2009
di kala umur mencecah 20 tahun.
Itulah kali pertama Yun menonton
filem melalui skrin gergasi.
Ini pun setelah di ajak oleh kawan. huhu
Ada juga kawan-kawan
yang tak percaya, sebelum ni Yun tak pernah tengok wayang.
Ya. Yun sudah terbiasa..
Di Kelantan, tiada panggung wayang.
Jadi, bila melanjutkan pelajaran ke Perlis
yang juga tiada menda alah ni..
Yun rilek jer.. hehehe
Kapal terbang??
Mesti korang dah berpuluh kali @ beratus kali
gunakan perkhidmatan ini kan?
Yun.. Tak pernah sama sekali..!
Walaupun itulah kerja hakiki..
menempah tiket flight utk bos tercinta..
hingga ke United Kingdom.
kenapa?
Yun pun tak tahu.. mungkin sebab
tiada tempat yang dituju.
Apa yang menjadi kebiasaan,
BAS!
Jadi, buat pakcik-pakcik bas
yang sudah membawa Yun pergi & pulang dengan selamat,
TERIMA KASIH..!! ^__^
p/s : nak boarding flight dgn yg trcinta.. boleh? haha.. merapu!
Much love!! Wassalam..
12 comments:
ooo ore kelate ruponyo :)
Menyayangi Binatang
@freaky.. yup.. PEACE!! :)
2009? wah..yun same dgn saya..hehe
sejak kecil, sy xprnah tengok wayang, bila bljr kt kelantan, juga xpernah...bila pindah kl barulah berpeluang..tp tu pun dah thn 2009.hehe..
sy jarang tengok wayang, sy pg tengok filem yg btl2 best je..:)
klu yun nk naik kapal, cuba melancong kt sabah..hehe..
@Jahidih Saili.. sama?hehee.. melancong ke sabah? Menarik.. nt leh jd tour guide Yun ya.. hehe InsyAllah, satu hari nt. :)
yup..melanconglah ke sabah..hehe.sy sedia menjadi pemandu pelancong.hehe
ouh sy dah lepas spm baru tgk wayang. sebab berazam begitu. keh keh !
bas jasa mu di kenang.. hehe
@jahidih saili.. tenkiu. ^_^
@nfdeeda.. oh ya? sama la kita ya.. lps spm.. haha ^___^
@zacky.. yup! sgt di kenang.. ^_^
salam. saya plak baru tahun 2011 ni dpt tgk wayang. huhu. filem pertama saya tgk ialah kak limah balik rumah.haha. pertama kali tgk dah dpt tgk citer best!! hehe
@mimi.. W'salam. Ya? wow.. best tu. Filem yg Yun tgk tu, Transformer. Omputeh gitu.. haha.. ^__^
Post a Comment