DO YOU LIKE MY BLOG?

Antara Ibu & Kekasih


Fikir aje? Buat okeh!

Ibu dan kekasih.. Sape yang korang lebih sayang? haa.. kena fikir jugak ke? Tak perlu ok. Mestilah korang perlu sayangkan ibu korang lebih daripada pakwe dan makwe tu. 

Ibu yang mengandungkan korang 9 bulan.. Melahirkan korang.. Membesarkan korang. Rasanya, masa korang kecik-kecik dulu, seekor nyamuk pun ibu tak bagi gigit korangkan? Betapa sayangnya ibu pada korang. Pakwe atau makwe korang ada buat macam tu? Tak ada la kan.. Ada pulak yang ambil kesempatan atas kebaikan korang. Tapi, bila dah cinta setengah mati tu.. semua yang pakwe atau makwe buat.. semua nampak baik.. semuanya indah. Dunia-dunia!

Bila dah berjaya.. dah kerja.. Ada yang dah pandai buat keputusan sendiri. Ada yang kahwin pun, ibu korang tak tahu. Tak kesian ke kat ibu? Sepatutnya, hari bahagia kita.. Ibu lah orang pertama yang perlu tahu. Ini tak, ada pulak yang cakap.. Hidup saya, saya yang perlu tentukan. Bukan ibu dan ayah. Ya.. memang macam tu. Tapi, pernah tak korang fikir.. Mana ada ibu doakan yang buruk atau yang tak baik buat anak-anaknya. Semuanya dia nak yang terbaik. Kadang-kadang, kita tak sedar. Kita selalu je fikir, kita dah buat yang terbaik pada ibu, tapi dalam hati dia.. kita tak tahu kan? 

Kasih sayang selama 20 tahun daripada seorang ibu, korang boleh buang dengan kasih sayang yang baru korang kenal tak lebih daripada setahun.. lebih parah, baru sebulan?? Kadang-kadang kita melebihkan kekasih daripada ibu. Kalau telefon ibu, 20 minit dah rasa lama sangat.. tapi bila bergayut telefon dengan buah hati, 2 jam pun rasa seminit kan? hmm.. Ini bukanlah ingatan buat sesiapa, ni ingatan buat diri Yun sendiri. Jadi, Yun nak kongsikan dengan korang. Apa pun yang terjadi, jangan sesekali membelakangi ibu. Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ni. Ibu adalah anugerah terindah. Jadi sayangilah mereka seboleh yang mungkin, selagi mereka disamping kita.




Much love!! Wassalam..

Alhamdulillah, thank you for coming. ♥ Share if you like.

4 comments:

Misz Nuriz said...

owh ibuku,
i luv u sooooooooo much!!!

Srikandi Bonda said...

sayang mama Yun jugak!! misz nuriz dah call ibu di kg? mesti dia rindu kamu.. =)

Misz Nuriz said...

owh mestilah..
hari2 dia rindu sy..
& hari2 jgk sy rindu dia...:)

Srikandi Bonda said...

bagusnya.. itu yang kita mahu. hehe.. bila Misz Nuriz blk kg? boleh la sy jumpa sifu saya nih. ^_^


 
This blog fully designed by THIS GIRL| Copyright© SRIKANDI BONDA